Pada hari ini Isnin 20 April 2020 jam 10.15 pagi, saya selaku YDP PPKM Neg. Pahang hadhir bersama Dato’ Abd. Karim Sadli Pengerusi PPKM CAW. Kuantan di Pejabat YAB Menteri Besar Pahang utk menyerahkan sekeping cheque bernilai RM 18,000.00 sebagai sumbangan dari Ahli Pesara PPKM Neg. Pahang mengisi Tabung Khas COVID-19 NEGERI PAHANG. Di majlis tersebut sebelum penyerahan cheque, saya telah melapurkan kpd YAB Menteri Besar Pahang iaitu Ahli PPKM Neg. Pahang terpanggil utk menyumbang kapada Tabung Khas COVID-19 Negeri Pahang. Saya telah berbincang dengan TYDP dan NYDP PPKM Neg. Pahang dan bersetuju supaya meminta dari Ahli Ahli secara ikhlas sebanyak minima rm 10.00 sehingga maxima rm 100.00. Sumbangan ini hanyalah sekelumit daripada Pemberian Kerajaan Malaysia yg di umumkan YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu semua Pesara Kerajaan akan di beri RM 500.00 utk mengurangkan beban semua Pesara di waktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa. Apalah sumbangan minima rm 10.00 berbanding dengan rm 500.00 yg di beri Kerajaan. Arahan telah di keluarkan melalui whatsapp pada Selasa 31 Mac 2020 kpd semua sebelas PPKM Daerah utk meminta sumbangan. Tarikh tutup kutipan ialah pd. Ahad 12 April 2020 dua hari sebelum tamatnya PKP tahap pertama. Selepas itu semua Bendahari Daerah di minta menghantar wang kutipan kpd. Bendahari Negeri dan jumlah kutipan ialah sebanyak RM 17,000.00. Initiatif ini telah di laporkan kpd. YAD Tan Sri Presiden PPKM Kebangsaan. Berikutan dengan itu, PPKM Neg. Pahang mendapat wang sumbangan tambahan dari seorang Hamba Allah RM 1000.00 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhannya utk mengisi Tabung Khas COVID-19 Neg. Pahang sebanyak RM 18,000.00. Cheque bernilai RM. 18,000.00 dari PPKM Neg. Pahang telah di serahkan kapada YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail pd hari ini Isnin 20 April utk tindakan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang. Sekian.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berpendapat Kerajaan mesti lebih tegas menangani penularan virus COVID-19.
Sungguhpun arahan PKP telah dikuatkuasakan,namun Jarak
Sosial atau ‘SocialDistancing’tidak diamalkan.
Apa yang digambarkan menerusi Berita Perdana semalam 25
Mac 2020, menunjukkan Pasukan Keselamatan sedang meronda Tempat-tempat Awam
dan Pasaraya, tetapi tidak menghiraukan orang ramai yang beratur rapat
antara satu sama lain semasa membeli-belah dan membayar wang di tempat kashier.
Di Amerika Syarikat yang mengagungkan Hak Asasi
Manusia, pun sekarang mengenakan denda yang besar kepada sesiapa yang tidak
mematuhi ‘Jarak Sosial atau Social Distancing’. Persatuan ini
berasa amat sedih mendapat khabar begitu ramai di kalangan Pasukan Keselamatan
yang dijangkiti virus ini. Adalah diharap Ketua Pasukan yang berkenaan akan
mengeluarkan perintah supaya di masa mengadakan perbarisan, berkawad atau
menjalankan tugas rasmi, adalah dimestikan anggota-anggota Pasukan Keselamatan
agar mematuhi ‘Jarak Sosial atau Sosial Distancing’ diantara
mereka sendiri.
Bersamalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah supaya rakyat Malaysia dapat mengharungi gelombang musibah COVID-19 ini, InsyaAllah.
Persatuan Pesara Kerajaan
Malaysia (PPKM) menyokong Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah
Darurat di seluruh Negara. Memandangkan
penularan virus COVID-19 yang sangat membimbangkan, saya sebagai Presiden
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia yang mewakili lebih dari 70 ribu ahli yang
berada diseluruh pelusok tanah air kita, oleh kerana majoriti ahli-ahlinya
berusia lebih dari 60 tahun yang mewakili segenap keturunan etnik rakyat
Malaysia, Persatuan ini bolehlah dianggap sebagai mewakili warga emas di dalam
negara ini.
Statistik mangsa Covid-19 seluruh dunia membuktikan ramai terdiri dari orang
yang berusia 60 tahun ke atas. Oleh yang demikian golongan umur inilah yang
banyak menjadi mangsa penyakit ini. Statistik kematian di Itali
menunjukkan bilangan besar adalah terdiri dari mereka yang berusia 60 tahun ke
atas. Perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling sepatutnya menjadi isyarat
yang kuat kapada Kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik
membendung gejala ini. Itupun belum mengambil kira apa yang akan meletus
selepas perhimpunan ribuan manusia yg hadir di
upacara Masai Magam Thepa Thirunaal di Pulau Pinang pada 8.3.20.
Tempias dari cetusan penularan virus di
Perhimpunan Sri Petaling ini dirasai bukan sahaja dalam Negara ini tetapi juga
sampai ke Negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Nampaknya
Negara-negara berkenaan dapat menangani masalah ini dengan baik. Di
Malaysia pula perkara ini berkembang menjadi masalah yang besar. Hingga
hari ini mereka yang hadir di perjumpaan di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 –
29 Februari masih bebas berkeliaran bergaul dengan orang awam, sekaligus dengan
tidak sengaja menjangkiti mereka.
Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan dua
minggu kemudian. Itu pun tidak dijalankan dengan cara yang kemas
menyebabkan rakyat menganggap ini sebagai peluang untuk pulang ke kampung.
Dengan secara tidak sengaja mereka telah mendedahkan orang tua-tua di kampong
dengan jangkitan virus tersebut.
Di dalam keadaan yang kita berada pada masa ini, kita tidak ada lain pilihan
selain dari mengisytiharkan darurat. Di dalam keadaan kecemasan saperti
ini adalah tidak wajar kita menunding jari kepada sesiapa atau mana-mana
pihak sekalipun. Kita tidak boleh bermain politik tuduh menuduh, sama ada
kita berpihak kepada Kerajaan atau pembangkang.
Inilah masanya kita perlu berganding bahu bersama-sama menyelamatkan Negara
kita dan rakyat kita dari menjadi mangsa kepada COVID-19 Marilah kita bersama
sama ada dari golongan pemimpin politik, penjawat atau petugas awam,
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) atau rakyat biasa memain peranan masing-masing
dalam menghadapi keadaan yang sangat mencabar ini.
Kita
tidak payah meraba-raba mencari formula atau cara yang terbaik kerana kita
sudah ada contoh yang telah berjaya dari Negeri China menggunakan
disiplin tegas yang terpaksa dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat
seperti “social distancing” dan budaya
kebersihan am.
Marilah kita bersama berdoa kepada
Allah SWT supaya menyelamatkan kita dari musibah ini. Insya-Allah
dengan kita bersatu hati bertawakkal kepada Allah kita dapat mengharungi
dugaan pahit yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Amin ya rabbal
alamin. Wassalam
Yang Memegang Amanah
Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawanteh Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berasa sangat bimbang berkenaan kesihatan warga emas yang lebih menjadi sasaran kepada wabak coronavirus daripada orang muda. Persatuan ini menggesa Kerajaan mengambil tindakan segera yang perlu untuk menjaga kesihatan warga emas.
Sambil memuji kerajaan Negeri China, menutup sempadannya dari membenarkan rakyatnya sendiri keluar dan banyak negara besar telah membuat keputusan tidak membenarkan pelawat dari Negeri China, Persatuan ini berasa kesal atas kelewatan Menteri Pengangkutan Malaysia yang masih teragak-agak membuat keputusan berkenaan menyekat kemasukan pelawat dari Negeri China.
Keadaan ini menjadi pelik kerana 2 negeri di dalam Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menghalang kemasukan warga China ke negeri berkenaan.