Visi dan Misi
Visi
Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai persatuan pesara yang menyatupadukan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara dibawah satu payung dan menjadi jambatan penghubungan antara pesara dengan Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan pesara menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.
Misi
1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara.
2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan; yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan.
3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
4. Melahirkan kesedaran yang kuat di kalangan ahli-ahli untuk mempunyai sikap yang sentiasa peka dan perihatin kepada suasana dan perkembangan masyarakat dengan bekerjasama mengambil bahagian, menyuarakan pandangan ke arah memupuk dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat dan Negara.