Pada hari ini Isnin 20 April 2020 jam 10.15 pagi, saya selaku YDP PPKM Neg. Pahang hadhir bersama Dato’ Abd. Karim Sadli Pengerusi PPKM CAW. Kuantan di Pejabat YAB Menteri Besar Pahang utk menyerahkan sekeping cheque bernilai RM 18,000.00 sebagai sumbangan dari Ahli Pesara PPKM Neg. Pahang mengisi Tabung Khas COVID-19 NEGERI PAHANG.
Di majlis tersebut sebelum penyerahan cheque, saya telah melapurkan kpd YAB Menteri Besar Pahang iaitu Ahli PPKM Neg. Pahang terpanggil utk menyumbang kapada Tabung Khas COVID-19 Negeri Pahang. Saya telah berbincang dengan TYDP dan NYDP PPKM Neg. Pahang dan bersetuju supaya meminta dari Ahli Ahli secara ikhlas sebanyak minima rm 10.00 sehingga maxima rm 100.00. Sumbangan ini hanyalah sekelumit daripada Pemberian Kerajaan Malaysia yg di umumkan YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu semua Pesara Kerajaan akan di beri RM 500.00 utk mengurangkan beban semua Pesara di waktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa. Apalah sumbangan minima rm 10.00 berbanding dengan rm 500.00 yg di beri Kerajaan.
Arahan telah di keluarkan melalui whatsapp pada Selasa 31 Mac 2020 kpd semua sebelas PPKM Daerah utk meminta sumbangan. Tarikh tutup kutipan ialah pd. Ahad 12 April 2020 dua hari sebelum tamatnya PKP tahap pertama. Selepas itu semua Bendahari Daerah di minta menghantar wang kutipan kpd. Bendahari Negeri dan jumlah kutipan ialah sebanyak RM 17,000.00. Initiatif ini telah di laporkan kpd. YAD Tan Sri Presiden PPKM Kebangsaan. Berikutan dengan itu, PPKM Neg. Pahang mendapat wang sumbangan tambahan dari seorang Hamba Allah RM 1000.00 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhannya utk mengisi Tabung Khas COVID-19 Neg. Pahang sebanyak RM 18,000.00.
Cheque bernilai RM. 18,000.00 dari PPKM Neg. Pahang telah di serahkan kapada YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail pd hari ini Isnin 20 April utk tindakan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang. Sekian.