Faedah Keahlian

Platform Persatuan

Bersuara untuk mengemukakan usul-usul atau desakan ahli-ahli kepada pihak kerajaan.

 

  

 

  

Mengekalkan Silaturahim

Merapatkan silaturrahim di kalangan ahli di seluruh negara khasnya di cawangan – cawangan.

Bekerjasama dan memupuk perpaduan.

Peluang bersosial khususnya di kalangan ahli-ahli memeiliki direktori keahlian pesara seluruh negara. 

Belajar Berterusan

Meningkatkan pengetahuan serta kemahairan menjaga kesihatan, perpaduan dan ekonomi.

Dapat berkomunikasi dan berinteraksi.

Membina personaliti yang baik.

Membuka minda secara tidak langsung.

DIANTARA PENCAPAIAN FAEDAH-FAEDAH

YANG TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN

(Dari awal penubuhan PPKM)

   
1 Januari 1976 Pemberian pencen terbitan (100% daripada kadar pencen asal selama 12 ½ tahun daripada tarikh persaraaan atau tarikh kematian dalam perkhidmatan, dan 70% selepas itu).
   
1 Januari 1976 Anak tanggungan diberi pencen terbitan sehingga umur 21Tahun atau sehingga tamat/berhenti mendapat didikan di institusi pelajaran tinggi ke arah ijazah pertama, mana yang terkemudian selagi tidak berkahwin.
   
1 Julai 1980 Penyelarasan pencen setiap kali berlaku pelarasan gaji sektor awam, dengan syarat pesara atau penerima pencen bermastautin diMalaysia.
   
1 Julai 1980 Pencen terbitan diberi kepada duda sekiranya gemulah isterinya pernah berada dalam perkhidmatan pada dan selepas 1 Julai1980.
   
1 Januari 2001 Pencen terendah dinaikkan daripada RM180.00 kepada RM280.00 dengan tempoh perkhidmatan 25 Tahun keatas.
   
1 Januari 2002 Pencen terbitan dibayar kepada balu / duda yang berkahwin semula.
   
1 Januari 2009 Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan 30 tahun ke atas dan pencen terhad kepada 3/5 gaji akhir.
   
1 Januari 2009

Pencen Terbitan dibayar 100% kepada waris yang layak..

 

   
1 Januari 2009

Pencen terendah dinaikkan daripada RM280 kepada RM720 dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun yang boleh dimasukkira.

 

 
1 Januari 2009

Peningkatan Kadar Pencen Terendah daripada RM280.00 Kepada RM 720.00 gengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun yang boleh dimasukkira..

 

   
1 Januari 2012 Pembayaran pencen terbitan dipanjangkan daripada tempoh 12½ tahun kepada 20 tahun daripada tarikh persaraan, kepada balu/duda yang dikahwini dalam persaraan.
   
1 Januari 2012

Peningkatan Kadar Pencen Terendah Bagi Pegawai Yang Mempunyai Sekurang-kurangnya 25 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira daripada RM720.00 Kepada RM820.00 Sebulan.

 

1 Januari 2013 Kenaikan pencen 2% setiap tahun mulai tahun 2013
   
1 Julai 2016

Peningkatan Kadar Pencen Terendah bagi pegawai yang mempunyais sekurang- kurangnya 25 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira daripada RM820.00 kepada RM 950.00 sebulan.

 

   
1 Januari 2018

Peningkatan Kadar Pencen Terendah bagi Pegawai yang mempunyai sekurang- kurangnya 25 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira daripada RM950.00 kepada RM1000.00 sebulan.