PPKM GESA KERAJAAN HALANG KEMASUKAN WARGA CHINA


Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berasa sangat bimbang berkenaan kesihatan warga emas yang lebih menjadi sasaran kepada wabak coronavirus daripada orang muda. Persatuan ini menggesa Kerajaan mengambil tindakan segera yang perlu untuk menjaga kesihatan warga emas.


Sambil memuji kerajaan Negeri China, menutup sempadannya dari membenarkan rakyatnya sendiri keluar dan banyak negara besar telah membuat keputusan tidak membenarkan pelawat dari Negeri China, Persatuan ini berasa kesal atas kelewatan Menteri Pengangkutan Malaysia yang masih teragak-agak membuat keputusan berkenaan menyekat kemasukan pelawat dari Negeri China.


Keadaan ini menjadi pelik kerana 2 negeri di dalam Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menghalang kemasukan warga China ke negeri berkenaan.