MISI DAN VISI
PESARA SELESA, NEGARA SENTOSA
.
VISI
Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai persatuan pesara yang menyatupadukan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara dibawah satu payung dan menjadi jambatan penghubungan antara pesara dengan Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan pesara menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.
MISI
1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara.
2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan “yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan”.
3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
TUJUAN PERSATUAN
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam satu organisasi.
Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya.
Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak kerajaan.
Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah para ahlinya.
Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab bagi kegunaan para ahlinya.
KEAHLIAN
Manfaat Keahlian
Platform Persatuan
Bersuara untuk mengemukakan usul-usul atau desakan ahli-ahli kepada pihak kerajaan.
Mengetahui perkembangan semasa dan maklumat terkini mengenai perkara-perkara pesaraan.
Mengekalkan Silaturahim
Merapatkan silaturrahim di kalangan ahli di seluruh negara khasnya di cawangan – cawangan.
Bekerjasama dan memupuk perpaduan.
Peluang bersosial khususnya di kalangan ahli-ahli memeiliki direktori keahlian pesara seluruh negara.
Belajar Berterusan
Meningkatkan pengetahuan serta kemahairan menjaga kesihatan, perpaduan dan ekonomi.
Dapat berkomunikasi dan berinteraksi.
Membina personaliti yang baik.
Membuka minda secara tidak langsung.
Berita Terkini Dari Kami
UTUSAN TAN SRI PRESIDEN PPKM SEMPENA HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2021
1. Senior Citizen's Day (HARI Warga Tua) 2. Ditukar menjadi HARI Warga Emas oleh mantan Menteri Kebajikan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abd Jalil atas syor dari PPKM setelah mendapat persetujuan NGO lain, kerana Tua ada kaitan...
Wawancara MHI (Malaysia Hari Ini) TV3 Dengan YAD Tan Sri Presiden PPKM (1 Oktober 2021)
https://youtu.be/lTZcdXq0qxE
Wawancara YAD Tan Sri Presiden PPKM bersama TV3: Aktiviti Pertanian Bandar Warga Emas Pada 1 Oktober 2021 Jam 9.30 Pagi.
LESEN MEMANDU WARGA EMAS :
PANDANGAN PRESIDEN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) Pandangan Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dialu-alukan oleh Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, yang ada lebih daripada 70 ribu ahli berumur dalam lingkungan 70 tahun yang...
Perkongsian kisah Orang Besar Daerah Gombak & Presiden PPKM YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. Wan Mahmood bin Pawan Teh menjadi seorang nasionalis yang berani menentang penjajah British bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air.
https://fb.watch/81qSPB5sUi/
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64 DARI WARGA PPKM
PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM)
IBU PEJABAT PPKM
N0. 36-3, Persiaran 65C
Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4025 3215 / 03-4031 9770
Fax: 03-4023 6241