Visi dan Misi

Visi

Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai persatuan pesara yang menyatupadukan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara dibawah  satu payung dan  menjadi  jambatan penghubungan antara pesara dengan  Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta  mewujudkan suasana dan  peluang yang membolehkan pesara  menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.

Misi

1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan  silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara.

2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan; yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan.

3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat.

4. Melahirkan kesedaran yang kuat di kalangan ahli-ahli untuk mempunyai sikap yang sentiasa peka dan  perihatin kepada suasana dan perkembangan masyarakat dengan bekerjasama mengambil bahagian, menyuarakan pandangan ke arah  memupuk dan mengekalkan  perpaduan dan  keharmonian  dalam masyarakat dan Negara.

Share This