UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443 /2022 DARI YAD TAN SRI PRESIDEN PPKM

Di ambang menjelang Hari Raya Aidilfitri ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pendapat berkenaan Ramadhan Al-Mubarak yang akan berakhir dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Marilah kita  bersama-sama melapangkan sedikit masa memberi renungan menilai fadzilat berpuasa pada siang hari dan makan di waktu malam. Amalan berpuasa bagi seorang mukmin adalah sebenarnya lebih daripada itu. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan melatih seorang insan mengamalkan tahap disiplin yang tinggi dan melarangkan melakukan beberapa perkara tertentu.

Islam sebenarnya adalah agama Ad-Deen yang melatih umatnya melakukan segala-galanya mengikut adab tertentu dengan tertib. Contohnya seorang yang hendak mendirikan solat perlu berada dalam keadaan bersih, berpakaian yang menutup aurat, mengadap kiblat dan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Seseorang tidak boleh dengan sesuka hati mengadap ke arah yang lain dan mendirikan sembahyang di luar waktu yang ditetapkan. Pendek kata Islam mengajar seorang insan melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Kebaikan seseorang sebenarnya tidak cukup dengan hanya menjadi orang yang terbaik sahaja, akan tetapi mesti menaburkan kebaikan di dalam hidupnya.

Orang yang telah bersara, sebenarnya telah melepasi zaman berlumba-lumba untukmengejar kekayaan, pangkat dan kedudukan di dalam pejabat & masyarakat. Mereka hanya perlu  meningkatkan amal ibadah, bermesra dengan anak cucu & menunggu masa di panggil Illahi.

Marilah kita melapangkan sedikit masa untuk muhasabah diri, bertanya pada diri kita jika kita telah berjaya menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini berbanding masa lalu.

Marilah kita berazam untuk meninggalkan contoh yang terbaik untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Sebagai seorang pesara yang telah melalui liku-liku hidup dan mengumpulkan banyak pengalaman, dan bolehlah dianggap sebagai seorang pemimpin, setidak-tidaknya bagi anak cucu dan rakan taulan yang berinteraksi dengannya.

Oleh yg demikian setiap pesara wajib mengilapkan kebolehannya untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh supaya daya kepimpinannya dapat mengubah pandangan masyarakat kita pada masa yang akan datang.

Perkara ini menjadi lebih penting pada tahun ini memandangkan ramai anak muda yang berumur 18 tahun ke atas akan menjadi pengundi PRU, dan mereka perlulah didedahkan kepada selok-belok amalan politik di dalam negara kita  pada masa ini.

Kita bernasib baik kerana budaya Melayu masih menganggap nasihat orang tua sebagai perkara yang penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Oleh yang demikian nasihat yang kita beri mestilah berkualiti dan kena pada tempatnya.

Akhir kalam saya suka mengingatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya.Seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumah tangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam ,(pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya .( Riwayat Albukhary)

WASSALAM  ,

SELAMAT HARI  RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

TAN SRI DATO’ PADUKA RAJA DATO’ HJ WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

Keperihatinan PPKM Bahagian Negeri Selangor Terhadap Ahli-ahlinya

Keperihatinan PPKM Bahagian Negeri Selangor Terhadap Ahli-ahlinya

Penyampaian sumbangan katil hospital daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Bahagian Negeri Selangor kepada Ahli PPKM En Abu Bakar untuk isteri beliau pada 3/5/2020 (Ahad) di doakan semoga isteri beliau cepat sihat. Insyaallah, amin.

Sumbangan katil Hospital drpd PPKM Bahagian Negeri Selangor kepada En Nordin Anak Ahli PPKM Cawangan Ulu Selangor pada 14.05.2021. Di doakan Semoga cepat semboh. Aamiin

UTUSAN TAN SRI PRESIDEN PPKM SEMPENA HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2021

1.       Senior Citizen’s Day (HARI Warga Tua)

2.       Ditukar menjadi HARI Warga Emas oleh mantan Menteri Kebajikan Masyarakat   Tan Sri Shahrizat Abd Jalil atas syor dari PPKM setelah mendapat persetujuan NGO lain, kerana Tua ada kaitan negatif, seperti tidak berguna lagi, benda lama dan buruk

3.       Kajian pada Mac 2021 menunjukkan  7% Rakyat Malaysia (3.5 juta umur 65 tahun pada 2045, 14% rakyat Malaysia akan menjadi golongan tua ini akan menjadi masalah kepada Negara.

4.       PPKM berhasrat menangani masalah ini dengan mengajak 70000 ahli nya mengikuti VISI & MISI PPKM, yang secara ringkasnya seperti berikut:-

VISI:  

Menjadikan PPKM satu Persatuan yang menyatupadukan semua  pesara dan   menjadikannya sebagai satu jambatan yang merapatkan Kerajaan dengan     Rakyat.         Menggilap kebolehan Pesara memainkan peranan          membangunkan Masyarakat    dan Negara.

          MISI:

Menggerakkan aktiviti serampang tiga mata;  KESiHATAN, PERPADUAN dan    KESEJAHTERAAN dengan menggunakan falsafah berikut:- “YANG JAUH DIRAPATKAN,  YANG RETAK DITAMPALKAN,     YANG SALAH FAHAM DIFAHAMKAN”

    5.    Marilah kita melahirkan kesedaran yang kuat dikalangan ahli-ahli kita,   Menggunakan kemahiran yang sedia ada, meningkatkan ilmu pengetahuan    agi  membina jatidiri yang kuat, berintergriti dan berani memberi pendapat dan           pandangan  yang telus dan ikhlas dalam apa jua keadaan, demi kesejahteraan   Negara yang tercinta. TUA bukan umor yang lanjut atau tanda kelemahan           tetapi sebaliknya membuktikan kematangan yang penuh dengan pengalamanSelamat menyambut HARI WARGA EMAS SEDUNIA dalam keadaan sihat walafiat.

PESARA BAHAGIA NEGARA SENTOSA

Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj Wan Mahmood b Pawanteh

Presiden PPKM

1.10.2021.

LESEN MEMANDU WARGA EMAS :

PANDANGAN PRESIDEN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM)

Pandangan Menteri Pengangkutan YB  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dialu-alukan oleh Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, yang ada lebih daripada 70 ribu ahli berumur dalam lingkungan 70 tahun yang berselerak di seluruh tanah air dan majoriti yang tinggal di kawasan luar bandar, di mana sangat kekurangan sistem pengangkutan awam.

2.       Sungguhpun cadangan untuk memperketatkan pengeluaran lesen memandu dan mengenakan syarat-syarat khas bagi Warga Emas adalah tujuan yang baik, akan tetapi ianya hendaklah dikaji dengan mendalam dan tidak hanya berasaskan kejadian terpencil, sebelum mendengar pandangan semua pemegang taruh (Stakeholder) dan mengambil kira keadaan pengangkutan awam yang tidak memuaskan pertama sekali di kawasan luar bandar.

3.       Kami ambil peluang ini untuk mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak berkenaan sebelum apa-apa cadangan mengetatkan syarat-syarat pengeluaran lesen memandu:-

a) Semua pengangkutan awam hendaklah diubahsuai supaya menjadi mesra  Warga Emas atau mesra OKU.

b) Tambang istimewa Warga Emas, yang tidak boleh digunakan pada masa kegunaan pengangkutan awam memuncak. Contohnya, dari jam 6.00 pagi hingga 10 pagi, dan jam 4 petang hingga 6 petang.

4.       Cadangan ini hendaklah dipertimbangkan oleh Kerajaan dan agensi yang mengendalikan pengangkutan awam, mengambil kira bahawa golongan Warga Emas terdiri dari mereka yang telah mengorbankan masa muda mereka untuk menjadikan Negara ini apa yang kita lihat pada hari ini. Oleh yang demikian adalah sepatutnya mereka diberi kemudahan menikmati sisa hidup mereka dalam keadaan yang lebih selesa.

5.       Berkenaan dengan cadangan mengenakan syarat dari doktor yang mengesahkan seseorang Warga Emas itu layak dari segi kesihatan dan fizikal untuk memandu kenderaan motokar atau motosikal, Itu adalah satu cadangan yang baik.

6.       Lesen memandu ini hendaklah diberi bagi satu tahun sekali, dan disyaratkan dengan surat sijil kelayakan dari doktor disertakan bagi setiap permohonan, sepertimana yang di kenakan bagi lesen memegang senjata api yang dikendalikan oleh pihak polis pada masa ini.

7.       Bayaran untuk mendapatkan sijil kelayakan ini hendaklah ditetapkan oleh Kerajaan, supaya tidak luar dari kemampuan seorang yang telah bersara.

PESARA SELASA NEGARA BAHAGIA.

TAN SRI DATO’ PADUKA RAJA DATO’ HAJI WAN MAHMOOD BIN PAWANTEH.

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)

26 September 2021

Liputan Bergambar Kegiatan PPKM Kelantan

Liputan Bergambar Kegiatan PPKM Kelantan

1/ Penyampaian Sumbangan kepada 36 mangsa Tanah Tebing runtuh di Bandar Pasir Mas. Sumbangan di sampaikan oleh YDP KELANTAN DAN DATO ABD RAHIM ISMAIL, WAKIL PESARA PTD. Bantuan kepada Mangsa runtuhan Tebing Sungai Pasir Mas pada 4/4/21 di PEJABAT PENGGAWA (PENGHULU) PASIR MAS. HADHIR SAMA DATO’ ABD RAHIM ISMAIL, DATO’ YAHYA (PESARA PTD), Nik Mohamad (Penggawa Pasir Mas) disertai Juga AJK PPKM CAW DAERAH PASIR MAS.

2/ PENYAMPAIAN BANTUAN BARANGAN DAPOR KEPADA PENDUDUK DARI 3 BUAH KAMPONG DI PASIR MAS YANG TERKURUNG KERANA PKP.

3/ Menerima sumbangan dari wakil Tan Sri Aziz, Presiden Mubarak untuk SUMBANGAN PKP DI PASIR MAS dan juga SUMBANGAN DITERIMA DARIPADA TAN SRI ALIMUDDIN,MANTAN KP PELAJARAN.

ULASAN YAD TAN SRI MENGENAI ISU KEMALANGAN LRT

1. Berita kemalangan LRT pada 24 Mei 2021 telah mencetuskan perbincangan hangat di dalam segenap lapisan masyarakat.

2. Perkara ini tidak ketinggalan juga menjadi perbincangan di antara tokoh-tokoh dalam Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.

Akan tetapi, akan perkara ini kita cenderung kepada pandangan yang berlainan sedikit.

3. Yang berhormat Dato’ Sri  Hj Tajuddin bin Abdul Rahman bukanlah calang-calang manusia, memandangkan beliau telah menjadi Ahli Parlimen sejak March 2002 (selama 13 tahun) dan juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang yang begitu banyak pengalaman, matang, dan bijak, boleh membuat kesilapan pada persidangan media bertarikh  25 Mei 2021 hingga mencetuskan kemarahan rakyat yang begitu luas.

4 . Mungkin ini satu cara Allah  menunjukkan kesilapan Kerajaan yang memerintah melantik Pengerusi  Badan-badan Berkanun & GLC dari ahli-ahli politik sebagai membalas budi sokongan mereka kepada Kerajaan berkenaan.

Perbuatan seperti ini bukan saja boleh membawa kerugian kepada badan-badan berkenaan, tetapi boleh dianggap sebagai rasuah politik.

Sekiranya seorang ahli politik ada kelayakan dan pengalaman  memang patut dan boleh dilantik memimpin badan berkenaan. Akan tetapi kriteria pelantikan mestilah berasas kepada kelayakan dan pengalaman.

5. Negara kita masih ada banyak rakyat yang cukup kelulusan dan pengalaman untuk memimpin badan-badan berkenaan. Golongan ini terdiri dari mereka-mereka yang pernah berkhidmat di dalam Perkhidmatan Kerajaan yang ada banyak pengalaman dalam dunia perniagaan dan perusahaan.

6. Semua golongan rakyat Malaysia, samaada ahli politik, profesional, petugas awam atau rakyat biasa wajib memainkan peranan masing-masing dengan ikhlas dan jujur untuk mengembalikan Malaysia ke tahap Negara Membangun yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa seperti pada satu masa dahulu.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, RAJA & NEGARA

Yang Ikhlas

Tan Sri Dato Paduka Raja Dato’ Hj Wan Mahmood bin Pawanteh

Presiden,

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.

27.5.21

UCAPAN HARI WESAK DARIPADA YAD TAN SRI PRESIDEN PPKM

Kepada semua  Ahli PPKM yang menyambut Hari Wesak, saya menyeru supaya mengukuhkan ajaran Gautama Buddha dan mengubah dari amalan TAHAYUL DAN KEBENCIAN. Jadilah seorang yang PENYAYANG khususnya sesama rakyat Malaysia. Marilah bersama-sama kita menentangi segala bentuk penindasan dan kezaliman diseluruh dunia.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

1.    Seluruh Dunia Islam diselubungi perasaan sedih bercampur geram atas kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai (massacre) rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

2.       Perdana Menteri Malaysia dan Ketua-Ketua Negara Islam telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya kezaliman Kerajaan Zionis terhadap rakyat Palestine dan mendesak PBB mengambil tindakan segera menghentikanya.

3.       Sama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, supaya menyelamatkan rakyat Palestine sambil menghulurkan dana bagi membantu mereka. Sudahkah kita tanya diri kita apa kekuatan rakyat Islam bagi menyedarkan rejim Zionis Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat supaya tunduk kepada Masyarakat Islam Sedunia.

4.       Pada pendapat saya Umat Islam merupakan golongan pengguna (Consumers) yang terbesar di dalam dunia. Oleh itu marilah kita gunakan kelebihan ini untuk  menundukkan regim Zionis dan sekutunya Amerika Syarikat, supaya lebih menghormati masyarakat Islam.

5.       Marilah kita melancarkan kempen seluas-luasnya supaya kita memboikot semua barangan pengeluaran dan perusahaan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat. Sebagai contoh mengapa menggunakan Petroleum atau gas Caltex, Shell atau BP jika kita ada Petronas.

Mengapa kita berlanggan dengan Kentucky Fried Chicken dan lebih-lebih lagi McDonald  dan memberi bayaran francais yang mengalir kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat?

Mengapa kita galakkan budaya minum kopi jenama yang membayar francais kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat?

Mungkin alasannya kebanyakkan “coffee house” ini kepunyaan orang Melayu tempatan. Tetapi soalnya, berapa banyak francais yang dibayar setiap hari atau setiap tahun  kepada mereka dari Negara Zionis dan Amerika Syarikat?

6.       Bawalah perubahan untuk mengutamakan barangan dan perusahaan Negara sendiri atau keluaran Negara Islam. “Buy Muslim First.”

Sekiranya kita tidak boleh perolehi keperluan kita itu dari Negara Islam, kita boleh mendapatinya dari negara lain saperti Soviet Union, China, Korea, Jepun dan lain2 Negara.

Apabila semangat ini meresap ke dalam sanubari setiap Umat Islam, maka wujudlah banyak lagi perusahaan untuk mengeluarkan produk dan perusahaan yang diperlukan oleh rakyat tempatan, sebagaimana dalam ungkapan Inggeris, “Necessity is the mother of invention”.

Dengan tersebarnya dan meresap budaya ini kita akan dapat menggantikan produk dan pengurusan yang selama ini kita bergantung kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat.

7.       Marilah kita semua menyambut seruan ini. Kenal pasti perusahaan dan perkhidmatan yang ada hubungan terus dengan Negara Zionis dan Amerika Syarikat, dan mewarwarkan kepada saudara-mara dan rakan taulan kita supaya jangan menyokong perkhidmatan dan perusahaan Zionis tersebut.

8.       Bersama ini diperturunkan beberapa foto yang mengambarkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestin supaya membakar semangat kita untuk membela nasib saudara Islam. Kita bersama perlu membela nasib mereka.

9.       Semua ini bukanlah satu retorik politik, tetapi sebagai memanjangkan sabda junjungan kita  Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Baihaqi,

” Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan Kaum Muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam golongan mereka”

10.     Marilah kita membuktikan yang kita benar benar berjiwa lslam,dan memainkan peranan kita sebagai seorang Islam sejati.

YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh

Presiden

PPKM

16 May 2021 / 4 Syawal 1442

Takziah & Al-Fatihah

Takziah & Al-Fatihah

Dato Hj Mohd Shariff bin Osman YDP PESARA WPKL, Pengerusi PAWE Batu dan Pengerusi DIABETES WP telah kembali ke Rahmatullah hari ini pada Jam 6.30 pagi Selasa 30 Mac 2021 . Jenazah telah dibawa ke Masjid Ubudiah Segambut dan akan dikebumikan selepas Zuhor.

Mohon dipanjangkan berita pemakluman ini kepada semua kenalan dan rakan rakan samada rasmi dan tidak rasmi yg ada berkaitan dengan Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dipelihara dan dicucuri rahmat oleh Allah.

KARYA PENCETUS PERANG SARAF ANTI-KOMUNIS

KARYA PENCETUS PERANG SARAF ANTI-KOMUNIS

Ahad | 28 Februari 2021/Nurhidayah Hairom

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126080/PROFIL-DI-SEBALIK-BERITA/Karya-pencetus-perang-saraf-anti-komunis

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KARYA PENCETUS PERANG SARAF ANTI-KOMUNIS

Pada usia 91 tahun daya pemikiran Wan Mahmood masih tajam berkongsi kisah silam pada era komunis.

WAJAH lelaki berusia 91 tahun itu kelihatan tenang meskipun beliau sedang mengenangkan detik paling menakutkan sepanjang hidupnya.

Satu demi satu patah perkataan dilontarkan dengan jelas dalam nada sederhana. Usia emasnya tidak sedikit pun menjejaskan susunan cerita yang disampaikan.

Penulis kagum dengan daya ingatan beliau yang kuat dan tentunya tentang perkongsian kisah silamnya yang begitu mengujakan.

“Ketika itu nyawa ibarat di hujung tanduk. Komunis berleluasa. Sehinggakan saya sendiri ajar isteri gunakan senapang yang disimpan di rumah. Saya pesan jika berlaku apa-apa perkara, tembak saja.

“Kerana pada masa itu, jika saya keluar rumah belum tentu akan pulang.”

Itu antara petikan ceritanya.

Beliau adalah Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh yang kini merupakan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM).

Sekali sekala anak matanya memandang ke luar, lari daripada memandang mata penulis mungkin kerana cuba mengingati setiap detik yang dikongsikan itu.

Wan Mahmood menyambung tutur katanya menceritakan apa yang dilaluinya kira-kira 50 tahun lalu iaitu ketika usianya hampir 40 tahun.

Usia emas tidak menjadi penghalang buat Wan Mahmood terus bersama masyarakat.

Beliau telah dihantar ke Sarawak untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja Sarawak Operation Council (SOC) dibawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan susulan peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.

“Ketika itu semua negeri-negeri Malaysia sudah mengadakan pilihanraya umum (PRU) kecuali Sarawak. Jadi SOC mentadbir negeri Sarawak sepenuhnya selama dua tahun.

“Isteri dan anak-anak saya turut ikut bersama. Sebagai setiausaha kerja, saya juga bertanggungjawab atas perang saraf iaitu sering menulis dan uar-uarkan agar rakyat sokong usaha melawan komunis.

“Ini kerana penduduk di situ menganggap komunis itu sebagai penolong mereka. Apabila dia susah, komunis datang beri minyak cap kapak dan sebagainya. Wakil kerajaan tidak masuk ke dalam hulu Sarawak ketika itu,” katanya.

Tambah Wan Mahmood, pengaruh penulisan beliau yang agak kuat membuatkannya pernah ditegur oleh polis cawangan khas (SB) kerana dipercayai telah mempengaruhi semangat kaum Iban yang bertindak memancung kepala komunis yang ditemui ketika di hutan. “Mereka pancung komunis dan letak kepala dalam guni kemudian dibawa ke balai polis membuatkan polis terkejut.

“Nasib baik apabila polis pergi semula ke hutan, polis tengok badan mayat ada senapang. Maknanya yang dibunuh itu benar komunis.

“Kuatnya pengaruh perang saraf itu kepada mereka sehingga kepala orang pun dicantas. Sebab budaya orang Iban masa itu, kelakian atau keberanian seseorang itu dibuktikan dengan berapa kepala dia dapat penggal,” katanya.

Detik cemas

Masih tentang komunis, anak ke-9 daripada 14 orang adik beradik ini turut berkongsi detik mencemaskan mengharungi sungai pada waktu malam pulang dari Kuala Rajang, Sibu selama empat jam kerana bertugas.

Katanya, ketika itu bot yang dinaiki terpaksa melalui bahagian tengah sungai sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan komunis.

“Kadang-kadang bila air surut, air sungai jadi deras dan lambat. Saya lihat dalam keadaan gelap, bot menyusuri sungai di bahagian tengah. Banyak kayu balak terapung”.

Bersama Juruterbang Malaysia Airlines (MAS)

“Saya tanya mengapa tidak ketepi? Mereka kata tak boleh kerana nanti komunis tembak. Kadang-kadang terlanggar balak, bot macam nak terbalik. Jadi saya rasa 4 jam itu seperti 4 tahun dalam keadaan takut dan menggigil sejuk,” katanya.

Tambah Wan Mahmood dia hanya sedikit lega apabila tiba di Pekan Sibu yang terletak lebih 100 kilometer meskipun keadaan tidak begitu selamat.

“Ketika itu, Pekan Sibu juga tidak selamat. Kalau tidur di hotel mungkin kena bunuh oleh komunis. Berdasarkan laporan yang saya dapat ketika itu, anggota polis pun menjadi mangsa bunuh komunis di mana mayat telah dipotong dan dibuang dalam tong sampah,”katanya.

Semangat Nasionalis

Berkongsi zaman beliau membesar, Wan Mahmood yang juga Orang Besar Daerah Gombak berkata, beliau telah diterapkan dengan nilai disiplin hidup yang begitu tinggi hasil didikan tegas ayahnyayang juga sebagai seorang majistret.

Katanya, disebabkan rumahnya ketika itu terletak sebelah mahkamah, sejak kecil juga beliau telah melihat bagaimana proses undang-undang berlangsung, dan orang kena tuduh (OKT) dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

“Saya rasa ajaran yang kekal dalam fikiran saya ialah ‘tidak ada satu warisan yang lebih bernilai yang dapat dicurahkan kepada anak-anak kita selain daripada kejujuran’. Jadi kejujuran itu diutamakan. Itu yang melekat di hati saya,” katanya.

Ketika menerima Penganugerahan Dato’ Paduka Raja Selangor pada tahun 1976 di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam pada itu, Wan Mahmood yang juga Ahli Dewan DiRaja Selangor berkata, beliau berpeluang memahami kitab Bible setelah mendapat pendidikan awal yang turut menjadikan kitab Bible sebagai salah satu mata pelajaran. “Saya faham Bible. Tapi saya rasa didikan agama dahulu, tak banyak soal. Kita hanya berpegang (Islam) dengan cukup kuat. Saya tak pernah dengar orang Melayu tukar agama meskipun kita di sekolah yang ditadbir pihak kristian,”katanya.

Justeru kerana itu beliau mementingkan konsep penghayatan tentang agama Islam itu sendiri dan menyifatkan sistem pendidikan Islam perlu diubah agar lebih berkesan dan diberi perhatian khusus.

“Cuba tanya anak muda sekarang apa maksud setiap lafaz laungan azan lima waktu sehari. Mungkin mereka tidak tahu bahkan tidak menghiraukan pun azan kerana sibuk bercakap sedangkan ketika azan kita perlu diam dan dengar,” akhiri beliau.

PROFIL

Nama Penuh: Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh

Tarikh Lahir: 18 Januari 1930

Tempat Lahir: Pahang

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Anglo School Tanjung Malim, Perak

                      Anglo Chinese School Kampar, Perak

                      Methodist Afternoon School, Kuala Lumpur

                       St John’s Institusi Kuala Lumpur.

                       Victoria Institution Kuala Lumpur

                       M.C.S Law Part I, Ii, Iii

Pengalaman

Bekas Pegawai P.T.D yang pernah berkhidmat sebagai

1. Penolong Pegawai Daerah Kuala Lumpur

2. Pegawai Daerah Sabak Bernam

3. Penolong Setiausaha Kerajaan Melaka

4. State Operations Committee Sarawak (Branch Of National Operation Committee)

5. Timbalan Ketua Pendaftaran Negara

6. Timbalan Setiausaha Kewangan, Kementerian Pertahanan

7. Timbalan Setiausaha, Kementerian Penerangan Malaysia

Anugerah

Dato’ Paduka Raja Selangor DYMM Sultan Selangor (State) 1974

Pegawai Bintang Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak 1976

Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah DYMM Sultan Selangor (State) 2004

Tokoh KPPMS Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (Association) 1998

Anugerah Tokoh Warga Emas Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (National) 2014

Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) Yang di-Pertuan Agong Malaysia (National) 2012

DYMM Sultan Selangor merasmikan perhimpunan perwakilan PPKM di Concorde Hotel pada 7 Ogos 2014.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126080/PROFIL-DI-SEBALIK-BERITA/Karya-pencetus-perang-saraf-anti-komunis

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Ketua Gagal Punca Orang Bawahan Rasuah

https://www.sinarharian.com.my/article/122732/BERITA/Wawancara/[WAWANCARA]-Ketua-gagal-punca-orang-bawah-rasuah

MASALAH rasuah yang berlaku dalam sektor awam berpunca daripada kesilapan dan kegagalan ketua untuk memimpin kakitangan.

Bagi Presiden Persatuan Pesara Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.

“Ketika saya bekerja di Kementerian Penerangan, saya sering mengatakan mengenai satu pepatah Inggeris iaitu “There is no bad soldier” atau tidak ada askar yang jahat dan tidak bagus. “Tetapi ‘jeneral’ yang tak bagus ada,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Ahad 7 Feb 2021 baru-baru ini.

Ikuti temu bual pesara kerajaan berusia 91 tahun itu bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Nurhidayah Hairom dan Muhammad Zulkarnain Mohd Azman.

SINAR AHAD: Boleh kongsikan pengalaman Tan Sri sewaktu berkhidmat sebagai penjawat awam?

WAN MAHMOOD: Negara ditadbir oleh British sebelum merdeka. Pegawai British datang ke sini menjadi pentadbir dan selepas tiga tahun saja, mereka akan balik. Mereka tiada kepentingan peribadi mahu buat harta dan sebagainya. Cukup dengan elaun yang mereka terima.

Jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.

Jadi budaya ini ditanam kepada kita pada waktu itu. Tak ada perasaan untuk mencari kepentingan diri sendiri.

Satu lagi, budaya Inggeris ini apabila membuat keputusan, telus, tegas dan terang. Dibekalkan kita dengan segala undang-undang yang cukup. Ada perintah am, perintah am kewangan dan pekeliling tanah dan pelbagai lagi. Sebagai pentadbir, kita dapat mainkan peranan dengan baik. Kalau boleh kita bagi, kalau tak boleh pun kita akan maklumkan. Bos tidak campur tangan melainkan berlaku kesalahan. Namun jika dia puas hati kita buat keputusan yang baik, dia akan sokong kita.

Jadi kita berpandukan arahan-arahan tetap yang bertulis apabila kita membuat keputusan. Kalau kita buat lain daripada apa yang tertulis, kita kena jawab.

Jadi kita selalu berpandu kepada itu untuk membuat keputusan dan apa-apa keputusan dapat disampaikan segera kepada rakyat.

SINAR AHAD : Selepas 30 tahun meninggalkan perkhidmatan awam, apakah pandangan Tan Sri terhadap sektor awam sekarang?

WAN MAHMOOD: Sekarang jika kita lihat secara keseluruhannya, budaya sudah lain. Bos kita ialah orang politik. Kita tahu ahli-ahli politik, kalau boleh mereka nak letak bulan di riba pengundi. Tetapi pegawai kerajaan perlu mengatakan boleh atau tidak boleh.

Tidak mungkin perkara itu dapat dizahirkan kerana pegawai kerajaan memegang prinsip dan undang-undang sedia ada seperti untuk tender, tanah dan lain-lain.

Apabila tiada timbang rasa, tiada hormat-menghormati antara satu sama lain, tibalah pergeseran. Pegawai kerajaanlah yang sering dipersalahkan sehingga hilang semangat bekerja seterusnya melambatkan proses membuat keputusan. Orang politik pun marah apabila sesuatu permohonan sudah berlarutan terlalu lama, sedangkan pihak yang memohon pula mahu segera. Bila lambat, dia (pemohon) pun mula sogok untuk dapatkan kelulusan.

Jadi dia pun salah. Tetapi salah dan betul tidak ada garis pemisah. Kalau satu benda dianggap salah, tapi apabila ramai yang ikut, ia akan jadi perkara betul. Itulah sebabnya terjadi rasuah. Apa yang dianggap rasuah mungkin tidak dipandang sebagai rasuah lagi.

SINAR AHAD: Menyentuh isu integriti seperti rasuah dan salah guna kuasa pada era Tan Sri berkhidmat, apakah persamaannya dengan sekarang?

WAN MAHMOOD: Dulu integritinya disemai daripada pegawai British yang berintegriti tinggi kerana tiada kepentingan diri. Mereka tiada budaya untuk buat harta, cari nama dan sebagainya. Mereka hanya kerja.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa separuh daripada kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam. Mengapakah perkara ini berlaku?

Ibaratnya begini. Seorang nelayan mahu tangkap ikan dengan cara yang mudah, dia tidak mahu gunakan alat yang canggih dan perlukan masa yang lama. Jadi dia keluar di air cetek dan tangguk dua tiga kali sahaja sudah dapat dua tiga kilogram ikan bilis. Jadi yang banyak ditangkap itu adalah ikan bilis kerana untuk tangkap ikan jerung dan ikan-ikan besar susah, kena pakai alat yang canggih, kena ke laut yang dalam, dan mengambil masa.

Bila dapat tangkap (perasuah) pun sukar untuk dibuktikan. Perasuah pakai peguam dan sebagainya sehingga terlepas. Ada jerung yang kena tangkap pun hanya sesekali berlaku.

Tapi kalau kita timbang ikan bilis yang ditangkap itu beratnya berapa kilogram? Ikan jerung pula berapa kilogram? Rasuahnya berjuta-juta. Ikan bilis ini mahu lari ke mana elak ditangkap? Sebab itu nampak banyak (ditangkap).

Pepatah orang Melayu menyatakan kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.

Jadi kita pegang pemimpin yang kita pandang tinggi. Kalau dia dah ambil rasuah, anak buah tentu lebih lagi.

Jika pemimpin tak ambil rasuah, yang lain pun tak berani.

SINAR AHAD: Ada pihak mengatakan bahawa penjawat awam tidak boleh dipersalahkan sebaliknya masalah rasuah berpunca daripada pemberi rasuah. Apa komen Tan Sri?

WAN MAHMOOD: Kita kena lihat kenapa dia memberi? Kerana mereka nak capai hasrat seperti yang saya sebut iaitu untuk dapatkan kelulusan segera.

Rasuah sama ada pemberi atau penerima, dua-dua haram. Seperti minum arak bagi umat Islam itu haram. Yang menjadi pelayan pun tetap haram.

Jika bercakap tentang daging haram, heboh semua tidak mahu beli daging. Daging ini kalau makan keluar balik, tapi rasuah yang dimakan menyerap menjadi darah daging anak cucu. Dari segi nilai, pemberi dan penerima dua-dua salah.

SINAR AHAD: Jika isu-isu rasuah dan integriti tidak dihapuskan dalam perkhidmatan awam, apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada negara?

WAN MAHMOOD: Segala kemajuan yang kita angan-angankan akan merudum sebab pelabur asing tidak akan melabur di negara kita. Sebab bila mereka jejak kaki saja kena ‘bayar’. Jejak dua kaki kena ‘bayar’ lagi. Mahu beli rumah kena ‘bayar’. Boleh dikatakan setiap proses mereka perlu ‘bayar’. Jadi siapa yang mahu datang berniaga ke sini?

Jika tidak ada perniagaan dari luar, tiada orang yang nak labur modal di sini, ekonomi kita akan merudum. Kalau rasuah tidak dibanteras, anak cucu kita juga akan membesar dengan menganggap bahawa rasuah itu perkara biasa. Itu akan hancurkan budaya dan negara kita sampai bila-bila. Anak cucu kita akan jadi perasuah, penerima rasuah dan sebagainya.

Sebab itu saya kata penyakit rasuah ini lebih dahsyat daripada Covid-19. Pada akhirnya, negara kita habis terjual.

SINAR AHAD: Apakah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan ketika ini untuk memerangi rasuah mencukupi?

WAN MAHMOOD: Saya rasa boleh diperbaiki lagi dari segi pelbagai bidang. Antaranya nilai bagi membenci rasuah perlu menyeluruh. Semangat penjawat awam mesti ditingkatkan. Ketua tak boleh salah.

“Orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah.“

Cara menilai penyampaian seseorang pegawai perlu direformasikan. Perlu ada mekanisme yang betul-betul boleh kenal pasti seseorang itu layak naik pangkat kerana jasa kepada rakyat itu tinggi.

Pada saya, cara penilaian sekarang tidak memenuhi apa yang sepatutnya dan masih perlu diperbaiki. Perasaan ini boleh disemai daripada keluarga dan rumah tangga. Kalau keluarga kucar-kacir, pegawai itu pun kucar-kacir.

Jika ada kajian, pada saya ramai orang ambil rasuah adalah akibat tekanan di rumah. Mungkin ada permintaan ahli keluarga yang mahu dipenuhi contohnya isteri yang membandingkan harta benda milik suami dan orang lain.

Berputiknya rasuah kepada pemimpin-pemimpin besar adalah perempuan. Faham-faham sahajalah. Falsafah Cina ada menyatakan ‘jika mahu memimpin negara, pimpinkan keluarga’. Jika nak jadi pemimpin keluarga, kena pimpin diri sendiri. Kerana itu untuk mendidik benci rasuah adalah dari sekolah dan rumah.

SINAR AHAD: Apakah perasaan Tan Sri sebagai seorang bekas penjawat awam apabila melihat ada penjawat awam ditangkap atas kesalahan rasuah?

WAN MAHMOOD: Saya rasa kecewa, tapi dalam masa yang sama saya juga faham keadaan dilalui mereka sekarang iaitu mereka hilang semangat kerja, hilang perasaan hendak menolong. Mereka cuma bekerja untuk dapatkan gaji.

Jadi ketua mereka mesti beri pengiktirafan atas kebaikan mereka. Jangan jadi macam bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang dia kata, pegawai undang-undang semua kerja untuk tunggu pencen sahaja, itu bukan sikap seorang pemimpin pejabat.

Ketua mesti menilai apa yang orang bawahnya buat ketika dia berkuasa. Ketua tak boleh salah. Kalau orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah. Sebab ketam tak boleh ajar anak dia jalan lurus, dia jalan senget. Jadi kalau anak buah mereka salah, saya akan salahkan ketuanya. Ketika saya berkerja di Kementerian Penerangan, saya sering menggunakan pepatah Inggeris yang mengatakan, “There is no bad soldier” iaitu tidak ada askar yang jahat dan tak bagus. Tetapi ‘jeneral’ yang tak bagus ada.

Jadi, kalau ketua pejabat, orang atasan memberi penilaian secukupnya, barulah orang bawah akan bersemangat dan akan bekerja bersungguh-sungguh.

Sebab itu saya rasa perlu ubah mekanisme menilai pegawai yang betul-betul jujur dan betul-betul berhasil dan bukan menilai begitu sahaja.

Sebab penilaian sekarang ini tak menyeluruh. Kadang-kadang ada pegawai yang kedekut bagi markah, dia bagi orang bawah dia markah kurang.

Pegawai yang dia baik, diberi semua bagus. Jadi dua penjawat awam itu gagal memberi penilaian yang sama, tak selaras.

SINAR AHAD: Apakah nasihat Tan Sri kepada pegawai-pegawai kerajaan?

WAN MAHMOOD: Pegawai kerajaan hendaklah mengikut tahap-tahap pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan tidak boleh mengikut telunjuk bos mereka iaitu menteri.

Sebagai contoh, menteri tidak boleh meminta seseorang itu dijadikan Ketua Setiausaha (KSU). Apabila menteri pilih KSU yang dikehendakinya, KSU tersebut akan mengikut telunjuk menteri sahaja. Apa yang menteri suruh buat, semua dia ikut walaupun salah termasuklah mengampu menteri.

Tugas penjawat awam sepatutnya menunjukkan menteri jalan yang betul. Kalau menteri salah, mereka kena tegur. Itu sebenarnya tugas penjawat awam. Saya pernah suarakan isu ini.

Biar KSU itu dihantar oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sendiri. Kalau KSU tersebut tak sepadan, menteri boleh suarakan kepada JPA. Tapi kalau dah banyak kali tukar masih sama, itu sebenarnya salah menteri bukan salah KSU tersebut. Saya rasa kalau menteri memilih siapa yang dikehendaki bekerja di bawah mereka, sudah tentu kementerian tersebut serta dasar kementerian itu akan lingkup. Pegawai awam tak perlu asyik ikut bos sahaja.

Kalau kita lihat, sultan pun tak boleh melantik Menteri Besar sesuka hati mereka. Kumpulan politik kena hantar beberapa nama kepada sultan dan bukan cadangkan satu nama sahaja.

SINAR AHAD: Harapan Tan Sri pada masa hadapan?

WAN MAHMOOD: Harapan saya ialah beberapa perkara. Pertama, pihak atasan kena berubah, yang bawah akan ikut.

Yang keduanya, JPA perlu fikir mekanisme, kenal pasti penjawat awam yang betul-betul produktif. Yang betul-betul beri khidmat yang terbaik. Pada saya, sistem yang ada sekarang ini boleh ditambah baik.

Ketiga, penerapan nilai antirasuah mestilah menyeluruh. Bermula dari rumah tangga, hingga ke lain-lain organisasi. Ia juga mesti ditangani dengan nada yang sama. Jangan seorang itu lain, seorang lagi pula lain. Nanti semua keliru. Itu prinsipnya.

ANEKDOT

Prinsip berbuat baik, menolong orang

Prinsip saya, setiap hari kena berbuat baik seperti membantu orang. Dalam hadis Nabi ada sebut, ALLAH SWT akan memudahkan kehidupan seseorang yang menolong orang lain. Apabila kita tolong orang jangan separuh jalan, tolong sampai seseorang itu mampu berdikari. Sebagai contoh, seseorang itu lumpuh, dia tak boleh bangun. Jadi kita tolong bangunkan dia.

Ya itu baik tapi tak cukup. Kerana sesudah kita bangunkan dia, lepas itu kita tinggalkan dia, dia akan jatuh, lagi parah. Kita mesti ajar dia mara ke hadapan setapak demi setapak supaya boleh berjalan walaupun sikit.

Jadi tugas seseorang itu bukan sekadar mewujudkan kebaikan, tapi mesti kena pastikan kebaikan itu kekal dan berterusan. Seperti pepatah pernah menyebut, ‘jika kamu beri seekor ikan kepada seorang lelaki, dia akan dapat ikan pada hari itu. Tetapi jika kamu mengajarnya cara menangkap ikan, dia akan dapat ikan sepanjang hayatnya.’ Amal sunnah Rasulullah SAW, hidup sihat

Rahsia saya kekal sihat kerana saya amalkan sunnah Nabi. Bila makan mulakan dengan buah, tidak makan daging dan ikan dalam satu makanan.

Alhamdulillah disebabkan itu, saya boleh makan hampir kesemua makanan. Selain itu, kena bersenam untuk pastikan badan sentiasa sihat. Contohnya, saya pusing keliling rumah lima kali setiap hari. Walaupun sakit lutut, tapi tetap berjalan.

Seterusnya jangan biar otak kosong. Jika kita benarkan otak kita tak buat apa-apa, ia akan beku dan kecut. Kita tak akan kenal isteri satu hari nanti. Jadi, hari-hari saya buat apa sahaja yang saya perlu berfikir.

PROFIL

Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh

Jawatan sekarang: Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

Umur: 91 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Isteri: Puan Seri Siti Sarah Husin

Anak: 4 orang

Pengalaman:

Ahli Dewan Diraja Selangor (Penasihat kepada Sultan Selangor)

Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan

Timbalan Setiausaha Kewangan, Kementerian Pertahanan

Timbalan Ketua Pendaftaran Negara

Penolong Setiausaha Kerajaan Melaka

Pegawai Daerah Sabak Bernam

https://www.sinarharian.com.my/article/122732/BERITA/Wawancara/[WAWANCARA]-Ketua-gagal-punca-orang-bawah-rasuah

Prinsip Untuk Kembali Ke Zaman Kegemilangan UMNO

Prinsip Untuk Kembali Ke Zaman Kegemilangan UMNO

PENULISAN Tuan Shamsul Amri Baharuddin, Pengerusi Majlis Profesor Negara, yang dimuatkan di muka 15 Sinar Harian bertarikh 13 Januari 2021, sudah tentu menarik perhatian ramai rakyat Malaysia.

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, yang ramai juga ahlinya menyaksikan penubuhan UMNO, yang kita kagumi, sebagai parti politik ulung yang menebuskan Kedaulatan Bangsa Melayu, selepas percubaan Kerajaan British menghapuskannya menerusi pengisytiharan Malayan Union pada thunder 1946 ingin menyumbang sedikit pandangan.

Kami dengan rendah hati suka berkongsi pendapat, dengan penuh harapan bahawa ianya dapat menyumbang kepada pemulihan dan keteguhan UMNO.

Bagi membolehkan kita mencapai cita-cita ini, marilah kita bersama cuba menyelami hasrat visi dan misi parti yang mewakili orang Melayu dari sejak ditubuhkan pada bulan Mac 1946, dengan penuh harapan yang sumbangan dan pandangan yang ikhlas ini dapat sedikit sebanyak membantu pemimpin dan perwakilan persidangan UMNO membuat keputusan yang bijak selaras dengan titah nasihat Raja-Raja Melayu dan sekaligus memenuhi hasrat rakyat Malaysia.

Pada masa UMNO ditubuhkan, ramai juga pimpinan dan keanggotaannya terdiri daripada pegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan, sungguh pun pegawai kerajaan dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik, mengikut Perintah Am Penjawat Awam atau General Orders.

Ini terbukti dengan adanya catatan dalam Arkib Negara, arahan daripada Ketua Setiausaha Kerajaan pada masa itu, A Newbolt yang memberi jaminan bahawa tindakan tatatertib tidak akan diambil terhadap penjawat awam yang melibatkan diri di dalam politik (Malayan Union Confidential Paper 74/1946).

Kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa UMNO berjaya menjadi tonggak kepercayaan orang Melayu kerana galakan dari Raja-Raja Melayu dan rata rata kepemimpinnya yang terdiri daripada orang banyak pengalaman, integriti tinggi dan senantiasa berpandu kepada budaya dan disiplin penjawat awam.

Jika UMNO ingin kembali kepada tahap kegemilangan ketika di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi para perwakilan, Persidangan Perwakilan UMNO yang akan datang perlulah muhasabah diri dan pegang pada prinsip-prinsip yang berikut:-

a) Beri sokongan dan pilih pemimpin-pemimpin yang bersih dan berintegriti tinggi. Sebenarnya UMNO masih ada banyak tokoh-tokoh yang memenuhi syarat-syarat ini.

b) Mereka yang benar-benar ingin menjadikan politik sebagai kerjaya hidupnya hendaklah renungkan dgn serius ungkapan Presiden Amerika Syarikat yang ke-33 yang dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat antarabangsa, Harry S Truman, seperti berikut:- “You can’t get rich in politics, unless you are a crook” (Kamu tidak boleh menjadi kaya di dalam politik kecuali kamu orang yg jahat).

c/ Pemimpin yang masih di dalam ‘kluster mahkamah’, dinasihat supaya bersabar dan bercuti hingga keputusan mahkamah membersihkan nama baik mereka, demi menjaga kewibawaan UMNO.

Jika kita inginkan Malaysia dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa maka UMNO, sebagai parti politik yang berpengaruh, hendaklah pegang kuat kepada prinsip-prinsip berikut:

a) Memperkasakan konsep Raja dalam Perlembagaan,dan Kedaulatan Raja Raja Melayu.

b) Kebebasan sistem kehakiman negara dari sebarang pencemaran politik

c) Perkasakan semangat saling hormat menghormati di antara kuasa Legislatif dan kuasa Eksekutif

Saya harap pandangan yang dikongsikan ini janganlah dianggap sebagai percubaan “Mengajar itik berenang” tetapi sebagai usaha mengelak dari “Tenggelam di dalam kolam yang cetek”

Tan Sri Dato’ Wan Mahmood Pawan Teh

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)

UCAPAN TAHUN BARU 2021 OLEH YAD TAN SRI PRESIDEN PPKM

 

Menjelang tibanya jam 12 tengahmalam ini, ramai yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 dan menyambut ketibaan 2021, dengan penuh harapan yang tahun ini akan membawa lebih kebahagiaan kepada mereka.

2. Walaupun Tahun Baru ini bukan tahun baru mengikut Takwim “Hijri Islam”, namun penghidupan kita berkitar mengikut Gregorian kalendar yang berdasarkan sistem Solar.

3.  Di dalam keghairahan kita menyambut tahun baru 2021, janganlah kita lupakan segala saat-saat kegagalan dan kejayaan, keceriaan dan kedukaan, kemenangan dan kekalahan dan pahit manis yang kita lalui dalam tahun 2020. Junjunglah apa yang kita cita-citakan bagi tahun 2021 dan belajar daripada segala pengalaman yang kita telah perolehi dalam tahun 2020.

4.   Kerana semua ini telah menjadi pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat diperolehi dalam mana-mana buku atau institusi ilmiah.

5.  Sebagai permulaan marilah kita cuba senaraikan perkara-perkara telah berlaku yang dianggap penting di dalam hidup kita. Sudah tentu perkara yang mula terlintas di hati kita ialah perkara yang menggugat kesihatan kita, iaitu penularan virus Covid-19 yang bermula menular di Malaysia pada 17.2.2020 dan memaksa kita mengubah cara hidup harian kita dari segi sosial, political, ekonomi dan kebebasan kita sebagai seorang hamba Allah. Kita terpaksa mengubah cara hidup harian kita mengikut norma baru yang kita tidak dapat lihat bila penghujungnya.

6.  Di dalam masa keadaan yang sangat mencabar inilah manusia diduga atas keimanan, kelemahan dan integriti masing-masing, yang biasanya berinteraksi secara bermesyuarat dan bersemuka terpaksa menjalankan dengan cara Maya, yang biasa berjabat tangan dan peluk memeluk terpaksa menghormati satu sama lain dengan isyarat sahaja, yang biasanya berganding bahu untuk menjadi barisan yang kukuh dan bersepadu terpaksa berpisah dengan mengamalkan Penjarakkan Sosial, dan banyak lagi yang berbeza dengan cara hidup lama kita.

7.  Janganlah kita mengeluh mengenangkan dugaan yang kita terpaksa mengharungi ini, kerana ada juga bibit-bibit kebaikan yang wujud disamping masalah yang kita hadapi.

Bak kata pepatah bahasa Inggeris ” Every Cloud has a Silver Lining“.

Sebagai contoh saya cuba senaraikan beberapa kebaikan yg diperolehi.

     a/   Kerana terpaksa duduk dan bekerja dari rumah, kita ada lebih masa merenung &         menambahkan quality hidup kita.

   b/  Kita dapat meningkatkan “bonding” atau ikatan kekeluargaan diantara kita dengan keluarga terdekat kita.

      c/    Kita ada lebih masa untuk menambah ilmu dan amalan mengikut tuntutan agama kita. 

      d/   Kita berpeluang untuk riadah dan melakukan aktiviti yang menambah tahap kesihatan diri kita.

  e/  Kita boleh menampung ekonomi dengan bercucuk tanam atau menyelami bakat terpendam yang ada di dalam diri kita masing-masing

     f/  Kita berpeluang untuk mengambil bahagian dalam mendidik anak cucu kita, yang selama ini mengharapkan didikan di sekolah sahaja dan terdedah kepada berbagai gejala sosial yang semakin mengembang dalam keadaan komunikasi moden dan keadaan hidup yang mengamalkan nilai-nilai tanpa had di masa ini.

8.    Di dalam ruangan yang terhad bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru 2021, saya rasa memadailah dengan apa yang saya dapat kongsi dengan rakan taulan yang disanjung tinggi.

9.  Bersamalah kita berdoa kepada Allah SWT, supaya dikurniakan kepada kita semua kebahagiaan, dengan keadaan sihat walafiat dan sentiasa di dalam peliharaanNYA.

10.  Selamat Menyambut Tahun Baru 2021, maafkan segala khilafan dan kelemahan diantara satu sama lain dan marilah kita membaharui keazaman kita untuk terus mencurah bakti untuk AGAMA, BANGSA, RAJA & NEGARA.

WasSalamu ‘alaikaum wa RahmatuLLahi Ta’ala wa Barakatuh

 

Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh.

Presiden,

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)

31.12.2020.

 

Kempen Boikot Produk Perancis

 1. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia mengalu-alukan pendirian Kerajaan Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Emmanuel Macron dari Negara Perancis yang  menzalimi umat Islam di sana.

  1. Malaysia sebagai satu negara Islam memberi jaminan kepada semua rakyatnya kebebasan beragama mengikut kepercayaan sendiri, merayu supaya Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Macron dan Kerajaan Perancis atas kezaliman terhadap umat Islam di sana. Persatuan ini merayu kepada Kerajaan supaya melancarkan boikot atas segala produk dari Negara Perancis dan mengajak Negara-Negara Islam membuat sedemikian.
  2. Adalah difahamkan bahawa produk pengeluaran France  bernilai lebih daripada 555 billion dolar yang sebahagian besarnya dibeli oleh Negara-Negara Islam akan merasai balasan yang pahit atas ekonominya akibat menzalimi  umat Islam disana.
  3. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah menyeru kapada lebih daripada 70000 Ahlinya memulakan kempen memboikot barangan keluaran France dan harap semua rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Islam di dalam dunia ini memboikot produk barangan keluaran France sehingga Macron dan Kerajaan Perancis mengubahkan sikap kezalimannya kepada umat Islam disana

 

YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

 

 

 

 

Bagi pihak Ahli Majlis Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas kepada semua ahli-ahli yang merayakan Christmas Day.Orang Islam menghormati Jesus Christ sebagai seorang NABI atau “A Prophet of God”, dan nama baginda banyak kali sebut di dalam Al Koran.Marilah kita gunakan hari yang istimewa ini bagi meningkatkan PERPADUAN rakyat Malaysia.Drp: YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Wan Mahmood Pawan TehPresiden PPKM

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,

Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, saya mewakili lebih dari 75,000 pesara Kerajaan dari seluruh Malaysia, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, atas pelantikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Kami yakin dan letak penuh kepercayaan, bahawa YAB ada banyak pengalaman dan dapat memimpin Malaysia menjadi sebagai Negara maju dalam masa yang terdekat.

Kami berdoa pada Allah supaya YAB Dato’ Seri sentiasa di pelihara Allah di dalam keadaan sihat walafiat

Insya-Allah,

Yang Ikhlas,

Dato’ Paduka Raja Tan Seri Dato’ (Dr) Wan Mahmood bin Pawan Teh

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.

26.11.22

SIAPAKAH CALON PRU 15 YANG AKAN BERJAYA

1.         Gendang telah dipalu memberi isyarat kepada jentera parti-parti politik untuk masuk ke gelanggang bagi berentap merebut kuasa politik di dalam negeri ini.

2.         Dada-dada akhbar penuh dengan berita pemimpin politik yang menabik dada dengan megah, dengan keyakinan bahawa mereka telah sedia masuk gelanggang merebut kuasa di dalam parlimen dan mendirikan Kerajaan Malaysia.

3.         Di dalam keadaan sedemikian, tidak hairanlah ramai di antara, lebih daripada 75000 orang Ahli Persatuan ini yang bertanya-tanya. Apakah peranan mereka dalam PRU15 yang akan datang ini?

4.         Bagi menjawab soalan ini dua perkara penting mesti dikaji pandangan pemimpin-pemimpin politik ini realistik?

5.         Mereka hanya mampu membuat analisa berasas data yang diperolehi oleh jentera persatuan mereka di akar umbi.

6.         Mereka tidak dapat pandangan yang lebih holistik dan menilaikan kemampuan dan kekuatan pihak-pihak lain.

7.         Mereka hanya dapat laporan daripada kakitangan pertubuhannya sendiri di akar umbi, yang sudah semestinya akan memberi gambaran bawa mereka telah melakukan yang terbaik dan cenderung membuat laporan yang mirip kepada kekuatan dan kemenangan parti berkenaan.

8.         Sebaliknya ahli-ahli PPKM yang juga berada di akar umbi dan tidak terlibat  dengan aktiviti politik kepartian boleh memberi pandangan yang lebih holistik dan tidak mirip kepada pandangan mana-mana parti politik.

9.         PPKM adalah sebuah badan yang berdisiplin di mana ahli- ahlinya mengambil sikap dan pandangan yang telah dipersetujui oleh pemimpin-permimpin yang mewakili ahli-ahlinya dari diseluruh tanah air.

10.       Kekuatannya menerusi peti undi adalah sekurang-kurangnya seperti berikut:-

27,000 Ahli + Isteri=64,000

Tambah 4 anak = 108,000

Jumlah ……….172,000

11.      Hitungan secara kasar ini saja dapat memberi gambaran bahawa PPKM boleh mempengaruhi sekurang-kurangnya 172 ribu undi. Ini tidak termasuk pengundi baru yang mewakili cucu-cucu pesara yang akan masuk dalam gelanggang pengundi bagi PRU 15 ( mengikut budaya Melayu anak-anak muda biasanya mendapatkan nasihat daripada orang tuanya dalam perkara baru yang mereka menemui seperti mengundi dalam PRU 15.)

12.       Menyokong pegangan dasar ahli-ahli PPKM, mereka tidak digalakkan undi mengikut parti kepastian.

13.       Oleh yang demikian trend pengundian yang akan dipelopori oleh PPKM adalah mengikut dasar berikut:-

a)        Calon yang telus dan berintegriti tinggi. Tidak terlibat di dalam apa-apa tuduhan dalam mahkamah.

b)        Penyokong kuat Perlembagaan Malaysia dan patuh kepada Kontrak Sosial yang ditandatangani untuk mencapai Kemerdekaan Malaysia.

c)         Berjiwa RUKUN NEGARA.

d)         Taat Setia kapada Raja & Negara

e)         Mengakui Agama Islam sabagai Agama Rasmi, kebebasan penganut-penganut Agama lain mengikut kepercayaan masing masing.

f)          Ahli-ahli akar umbi hendaklah berterus-terang memberitahu mereka yang ingin menjadi calon dalam PRU15 dan ingin mendapat sokongan daripada ahli-ahli PPKM perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PPKM.

PRU 15

  1. Sesuatu Pilihanraya Umum, khususnya PRU15 sudah tentu akan mencetuskan pelbagai hujah yang bakal membawa kepada pecahan perpaduan antara kaum @etnik dan juga perpecahan antara yang beragama atau
  • Ini adalah kerana rakusnya ahli politik menggunakan apa saja yang dianggap boleh menimbulkan kebencian kepada golongan yang menentangnya.
  • Bagi lebih 75000 orang ahli PPKM, kita perlu mengekalkan perpaduan yang kita telah jalinkan selama ini.
  • Untuk memastikan tidak timbul perpecahan di kalangan kita, maka pemimpin PPKM telah membuat satu garis panduan yang dapat menentukan tidak ada perbalahan di antara kita, di dalam memilih calon yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh membawa kebaikan bagi Kerajaan yang akan memerintah pasca PRU15.
  • Sebagai persatuan yang bebas dari politik kepartian, sudah tentu kita tidak galakkan pilihan mengikut partinya, PPKM utamakan ketulusan, integrity dan berpegang teguh kepada konsep demokrasi, Raja dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.
  • Dengan adanya garis panduan ini, PPKM dan lebih 75,000 orang ahlinya yang ada bersependapat atas pemilihan calon PRU15 yang terbaik.
  • Sekaligus kita dapati bahawa Pesara bukanlah “melukut di tepi gantang” tetapi boleh meraihkan banyak undi dan menjadi “King Maker”

Hari ini kita tahu bahawa PRU 15 akan diadakan sidikit masa lagi.

YAD Dato’ Paduka Raja Presiden PPKM telah memberi pandangan bahawa PPKM tidak akan menyokong mana-mana parti politik tetapi akan menyokong calon yang ada keikhlasan, ketulusan, kejujuran & keutuhan yang tinggi.

Ini akan jelaskan bahawa kita berbaik sangka dgn semua calon, tidak kira dari mana-mana parti politik asalkan ada quality yang kita telah disenaraikan.

Untok memberi tekanan kapada maksud kita ini, bersama disertakan vedio berikut:    Kita perlu tunjukkan kekuatan PPKM didalam sesebuah Negeri dan berpandu kapada contoh yang YAD Presiden telah kemukakan.

Tiap2 Cawangan Negeri PPKM perlu tunjukkan kekuatan nya untuk mempengaruhi raayat memileh calon yang terbaik tidak mengambil kira dari mana-mana parti politik sakalipun.

Dengan cara ini kita dapat tunjukkan pengaruh dan kekuatan kita supaya lebeh dihormati oleh semua lapisan raayat. InsyaAllah.

Presiden PPKM

YAD DATO’ PADUKA RAJA TAN SRI DATO’ WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH