Syarat Keahlian

Terma & Syarat

KEAHLIAN

 

(1)       Kategori Ahli Perseorangan.

             (a)       Ahli Biasa.

                         Pesara Kerajaan yang membayar yuran tiap-tiap tahun.

             (b)       Ahli Seumur Hidup.

                         Pesara Kerajaan yang membayar yuran sekali sahaja.

             (c)        Ahli Bersekutu.

 i.   Pekerja Kerajaan yang telah mencapai umur bersara pilihan sendiri, tetapi masih belum bersara.

ii.   Suami atau isteri Pesara Kerajaan yang telah menjadi ahli seperti perenggan (a) dan (b) di atas:

iii.   Orang-orang yang menerima pencen terbitan bulanan.

 iv.   Ahli Bersekutu adalah tidak layak memegang sebarang jawatan dan tidak mempunyai hak mengundi.

 (2)       Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang terdapat sekarang.  Permohonan hendaklah disertakan dengan yuran wang yang jumlahnya mengikut peruntukan Fasal 5 (1)  dan hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan Daerah/Daerah Kecil tempatan yang akan mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Bahagian Negeri untuk kelulusan atau sebaliknya.  Dimana Cawangan-Cawangan Daerah/Daerah Kecil tidak ditubuhkan, permohonan-permohonan menjadi ahli hendaklah diserahkan terus kepada Setiausaha Bahagian Negeri.  Hanya Bahagian Negeri sahaja mempunyai kuasa melulus atau menolak sebarang permohonan menurut budi bicaranya tanpa menyatakan sebarang sebab.

 (3)       Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan sebagaimana yang tersebut dahulu akan dibenarkan masuk sebagai seorang ahli Persatuan ini dan akan berhak terhadap semua keistimewaan keahlian daripada tarikh diterima sebagai seorang ahli.

 (4)       (a)       Orang-orang yang menetap di dalam sesebuah Daerah/Daerah Kecil     

dimana sesebuah Cawangan Daerah/Daerah Kecil Persatuan ini telah ditubuhkan akan menjadi ahli Persatuan ini menerusi keahlian dalam Cawangan itu sahaja.  Walau bagaimanapun, Bahagian Negeri boleh mengizinkan seseorang yang membuat rayuan untuk menjadi ahli di sesebuah Daerah/Daerah Kecil yang lain sekiranya rayuan itu difikirkan menasabah.

(b)       Dimana tidak terdapat Cawangan Daerah/Daerah Kecil, mereka yang diterima sebagai ahli oleh Jawatankuasa Bahagian Negeri akan dikenali sebagai “Ahli-Ahli Terus Bahagian Negeri”.

(c)        Dimana tiada Bahagian Negeri telah ditubuhkan, maka mereka yang diterima sebagai ahli oleh Majlis Kebangsaan akan dikenali sebagai “Ahli-Ahli Terus Pusat”

 

(5)       Ahli Gabungan

 (a)       Ahli gabungan terbuka kepada Persatuan Pesara Kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, bertujuan untuk bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

 (b)       Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan.

 (c)        Bayaran Yuran Tahunan RM100.00 sekali sahaja.

 (d)       Ahli Gabungan layak menghantar seorang pemerhati menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan.

 (e)       Ahli Gabungan layak menghantar dua orang pemerhati untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Tahunan.

 (f)        Ahli Gabungan adalah tidak layak memegang sebarang jawatan atau mempunyai hak mengundi.