Kempen Boikot Produk Perancis
1. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia mengalu-alukan pendirian Kerajaan Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Emmanuel Macron dari Negara Perancis yang menzalimi umat Islam di sana.
- Malaysia sebagai satu negara Islam memberi jaminan kepada semua rakyatnya kebebasan beragama mengikut kepercayaan sendiri, merayu supaya Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Macron dan Kerajaan Perancis atas kezaliman terhadap umat Islam di sana. Persatuan ini merayu kepada Kerajaan supaya melancarkan boikot atas segala produk dari Negara Perancis dan mengajak Negara-Negara Islam membuat sedemikian.
- Adalah difahamkan bahawa produk pengeluaran France bernilai lebih daripada 555 billion dolar yang sebahagian besarnya dibeli oleh Negara-Negara Islam akan merasai balasan yang pahit atas ekonominya akibat menzalimi umat Islam disana.
- Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah menyeru kapada lebih daripada 70000 Ahlinya memulakan kempen memboikot barangan keluaran France dan harap semua rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Islam di dalam dunia ini memboikot produk barangan keluaran France sehingga Macron dan Kerajaan Perancis mengubahkan sikap kezalimannya kepada umat Islam disana
YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh
Presiden
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
PPKM GESA KERAJAAN HALANG KEMASUKAN WARGA CHINA
PPKM GESA KERAJAAN HALANG KEMASUKAN WARGA CHINA
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berasa sangat bimbang berkenaan kesihatan warga emas yang lebih menjadi sasaran kepada wabak coronavirus daripada orang muda. Persatuan ini menggesa Kerajaan mengambil tindakan segera yang perlu untuk menjaga kesihatan warga emas.
Sambil memuji kerajaan Negeri China, menutup sempadannya dari membenarkan rakyatnya sendiri keluar dan banyak negara besar telah membuat keputusan tidak membenarkan pelawat dari Negeri China, Persatuan ini berasa kesal atas kelewatan Menteri Pengangkutan Malaysia yang masih teragak-agak membuat keputusan berkenaan menyekat kemasukan pelawat dari Negeri China.
Keadaan ini menjadi pelik kerana 2 negeri di dalam Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menghalang kemasukan warga China ke negeri berkenaan.
SESI BUAL BICARA RADIO : KAUNTER MyPESARA
SESI BUAL BICARA RADIO : KAUNTER MyPESARA
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Shahriman bin Ab Kadir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) ,JPA akan ke udara secara langsung (LIVE) di Nasional.FM pada:-
Tajuk : Kaunter MyPesara
Tarikh : 15 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 10.15 pagi
Pautan : https://myklik.rtm.gov.my/live2.php?ch=11
3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ Tuan/ Puan yang mempunyai kelapangan waktu adalah dijemput untuk mendengar bual bicara tersebut serta dipohon jua untuk membantu JPA mempromosikan hebahan poster ini kepada warga Kementerian/ Jabatan/ Agensi melalui semua medium komunikasi sedia ada.
4. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat.

Warning: file_exists(): open_basedir restriction in effect. File(/home/dexmlprg/public_html/wp-content/uploads/et_temp/KEMASKINI-MAKLUMAT-PESARA-2-74604_1080x675.jpg) is not within the allowed path(s): (/tmp/:/www/wwwroot/ppkm.com.my/) in /www/wwwroot/ppkm.com.my/wp-content/themes/Divi1/epanel/custom_functions.php on line 1540
Warning: file_exists(): open_basedir restriction in effect. File(/home/dexmlprg/public_html/wp-content/uploads/et_temp/KEMASKINI-MAKLUMAT-PESARA-2-74604_750x675.jpg) is not within the allowed path(s): (/tmp/:/www/wwwroot/ppkm.com.my/) in /www/wwwroot/ppkm.com.my/wp-content/themes/Divi1/epanel/custom_functions.php on line 1561
Kemaskini maklumat pesara 2019
Satu surat telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 28 Mac 2019 berkenaan pengemaskinian maklumat pesara/tanggungan yang berumur 70 tahun dan keatas bagi tujuan bayaran pencen.
