Program kedua PPKM DAERAH LIPIS menyampaikan pax Nasi Kukus Ayam Rempah kepada Frontliners Polis/Tentera Dan Lain-lain serta Bilik Gerakan IPD Lipis Hari Ini sabtu 18.04.2020….TERIMA KASIH semua ahli PPKM LIPIS yang menyumbang Tabung COVID-19…. Kutipan TABUNG COVID-19 PPKM DAERAH LIPIS setakad Hari Ini 18.04.2020 :RM5530.00 Daerah Lain beri kpd Nageri YAB MB utk kegunaan frontliner state Rm 18k.
PPKM meraikan Hari Kelhiran yg Ke 100 tahun, mantan Naib Presiden Dato Shaari b Harun pada 18.4.2020. Belau memberi perkhidmatan yg chermelang kapada negara dimasa berkhidmat sabagai penjawat awam
MY BIO DATA Service 1946-1976. 1953 MAS officer D & L 0ffice, KL. 1956 Asst State Seç Selangor. 1957 promoted to MCS. 1960 D0..Besut, Tr. 1962 D0. PDicçkson. 1964 S.Fin. 0. NS. 1968 Attended course on Local Govt Admin. Birmingham University. 1969 Dy Ditector Budget Finance Min. 1972 Sec of Admin Fin.Min. 1976 RETIRED. Awarded KMN *.
AFTER RETIREMENT. 2 yrs Gen Mgr of Syarkat M”sia International Palm 0il, Port Klang (MIPO, FELDA subsidiary) 10 yrs Member of Public Service Tribunal. 20 yrs Director of British American Life lnsurance (later known as B A life & Gen Ins, then John Hancock Ins. and to-day MANULIFE Ins. Was invested DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK (DPMP).
Pada hari ini Isnin 20 April 2020 jam 10.15 pagi, saya selaku YDP PPKM Neg. Pahang hadhir bersama Dato’ Abd. Karim Sadli Pengerusi PPKM CAW. Kuantan di Pejabat YAB Menteri Besar Pahang utk menyerahkan sekeping cheque bernilai RM 18,000.00 sebagai sumbangan dari Ahli Pesara PPKM Neg. Pahang mengisi Tabung Khas COVID-19 NEGERI PAHANG. Di majlis tersebut sebelum penyerahan cheque, saya telah melapurkan kpd YAB Menteri Besar Pahang iaitu Ahli PPKM Neg. Pahang terpanggil utk menyumbang kapada Tabung Khas COVID-19 Negeri Pahang. Saya telah berbincang dengan TYDP dan NYDP PPKM Neg. Pahang dan bersetuju supaya meminta dari Ahli Ahli secara ikhlas sebanyak minima rm 10.00 sehingga maxima rm 100.00. Sumbangan ini hanyalah sekelumit daripada Pemberian Kerajaan Malaysia yg di umumkan YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu semua Pesara Kerajaan akan di beri RM 500.00 utk mengurangkan beban semua Pesara di waktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa. Apalah sumbangan minima rm 10.00 berbanding dengan rm 500.00 yg di beri Kerajaan. Arahan telah di keluarkan melalui whatsapp pada Selasa 31 Mac 2020 kpd semua sebelas PPKM Daerah utk meminta sumbangan. Tarikh tutup kutipan ialah pd. Ahad 12 April 2020 dua hari sebelum tamatnya PKP tahap pertama. Selepas itu semua Bendahari Daerah di minta menghantar wang kutipan kpd. Bendahari Negeri dan jumlah kutipan ialah sebanyak RM 17,000.00. Initiatif ini telah di laporkan kpd. YAD Tan Sri Presiden PPKM Kebangsaan. Berikutan dengan itu, PPKM Neg. Pahang mendapat wang sumbangan tambahan dari seorang Hamba Allah RM 1000.00 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhannya utk mengisi Tabung Khas COVID-19 Neg. Pahang sebanyak RM 18,000.00. Cheque bernilai RM. 18,000.00 dari PPKM Neg. Pahang telah di serahkan kapada YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail pd hari ini Isnin 20 April utk tindakan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang. Sekian.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berpendapat Kerajaan mesti lebih tegas menangani penularan virus COVID-19.
Sungguhpun arahan PKP telah dikuatkuasakan,namun Jarak
Sosial atau ‘SocialDistancing’tidak diamalkan.
Apa yang digambarkan menerusi Berita Perdana semalam 25
Mac 2020, menunjukkan Pasukan Keselamatan sedang meronda Tempat-tempat Awam
dan Pasaraya, tetapi tidak menghiraukan orang ramai yang beratur rapat
antara satu sama lain semasa membeli-belah dan membayar wang di tempat kashier.
Di Amerika Syarikat yang mengagungkan Hak Asasi
Manusia, pun sekarang mengenakan denda yang besar kepada sesiapa yang tidak
mematuhi ‘Jarak Sosial atau Social Distancing’. Persatuan ini
berasa amat sedih mendapat khabar begitu ramai di kalangan Pasukan Keselamatan
yang dijangkiti virus ini. Adalah diharap Ketua Pasukan yang berkenaan akan
mengeluarkan perintah supaya di masa mengadakan perbarisan, berkawad atau
menjalankan tugas rasmi, adalah dimestikan anggota-anggota Pasukan Keselamatan
agar mematuhi ‘Jarak Sosial atau Sosial Distancing’ diantara
mereka sendiri.
Bersamalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah supaya rakyat Malaysia dapat mengharungi gelombang musibah COVID-19 ini, InsyaAllah.