Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Diharap semua pesara-pesara dipelihara Allah di dalam keadaan sihat walafiat & terus ceria.

Semalam YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi telah mengumumkan bahawa PKPB akan disambungkan sehingga 9 Jun 2020.

Setiap pesara, sebagai orang tua dan ketua keluarga masing masing, perlu memain peranan yg senada dengan nasihat YAB PM, iaitu kita tak boleh harapkan berhari raya seperti tahun tahun yg lalu.

Keadaan sekarang memerlukan kita hidup mengikut Norma Baharu.

Oleh kerana peperangan membenteras penularan COVIT-19 bergantung kepada kerjasama yang dapat diberi oleh semua pihak, kita perlu mengamalkan beberapa garis panduan yang dapat membantu usaha memulihkan kesihatan dan ekonomi rakyat Malaysia.

Sungguhpun cadangan yang saya kemukakan ini merupakan perkara-perkara kecil, namun apabila dikumpulkan boleh menjadi satu sumbangan yang besar terhadap cabaran yg kita hadapi pada masa ini.

Perkara-perkara yang saya suka cadangkan ialah seperti berikut:-

1. Bercucuk tanam makanan dan sayuran di kampung akan bukan saja membantu menjana ekonomi bahkan akan menjadi aktiviti yang menambahbaikkan kesihatan kita.

 

2. Di antara perkhidmatan yang tidak dibenarkan di bawah PKPB ialah kedai gunting rambut. Oleh kerana ramai dikalangan isi keluarga kita sendiri ingin dilihat kemas pada Hari Raya, ini lah peluang seorang pesara belajar satu kemahiran baru, iaitu mengunting rambut anak cucu sendiri. Alat mesin yang canggih mudah dibeli dengan harga yang murah. Sebenarnya anak saya telah membeli alat ini dan berjaya menggunting rambut saya dan anak-anaknya.

 

3. Menjelang hari raya ini, tentu ada banyak orang yang nak menempah kuih-muih & membeli baju raya. Sekiranya isteri atau ahli keluarga kita yang ada kemahiran dalam mana mana bidang tersebut ,maka galakkanlah supaya ini boleh menjadi punca pendapatan tambahan.

 

4. Elok juga kita mempelopori budaya berhari raya mengikut normal baharu di mana kita berhari raya bersama keluarga terdekat sahaja dan mengikuti jarak sosial memakai penutup hidung dan mulut dan menjaga kebersihan.

5. Sebagaimana yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri kita elok jangan ada kumpulan yang lebih dari 20 orang dan lebih baik adakan di tempat yang luas dan terbuka.

6. Marilah kita mengekalkan pengiktrafan antarabangsa yang meletak Malaysia sebagai satu negara yang dapat membenteras penularan COVIT-19 dengan cara yg terbaik.

7.Marilah kita terus doa kepada Allah SWT supaya kita diselamatkan dari musibah yg melanda seluruh dunia pada masa ini.

Wassalam