SIAPAKAH CALON PRU 15 YANG AKAN BERJAYA
1. Gendang telah dipalu memberi isyarat kepada jentera parti-parti politik untuk masuk ke gelanggang bagi berentap merebut kuasa politik di dalam negeri ini. 2. Dada-dada...
MISI DAN VISI
PESARA SELESA, NEGARA SENTOSA
.
VISI
Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai persatuan pesara yang menyatupadukan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara dibawah satu payung dan menjadi jambatan penghubungan antara pesara dengan Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan pesara menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.
MISI
1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara.
2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan “yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan”.
3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
TUJUAN PERSATUAN
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam satu organisasi.
Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya.
Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak kerajaan.
Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah para ahlinya.
Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab bagi kegunaan para ahlinya.
KEAHLIAN
Manfaat Keahlian
Platform Persatuan
Bersuara untuk mengemukakan usul-usul atau desakan ahli-ahli kepada pihak kerajaan.
Mengetahui perkembangan semasa dan maklumat terkini mengenai perkara-perkara pesaraan.
Mengekalkan Silaturahim
Merapatkan silaturrahim di kalangan ahli di seluruh negara khasnya di cawangan – cawangan.
Bekerjasama dan memupuk perpaduan.
Peluang bersosial khususnya di kalangan ahli-ahli memeiliki direktori keahlian pesara seluruh negara.
Belajar Berterusan
Meningkatkan pengetahuan serta kemahairan menjaga kesihatan, perpaduan dan ekonomi.
Dapat berkomunikasi dan berinteraksi.
Membina personaliti yang baik.
Membuka minda secara tidak langsung.
Berita Terkini Dari Kami
Prinsip Untuk Kembali Ke Zaman Kegemilangan UMNO
PENULISAN Tuan Shamsul Amri Baharuddin, Pengerusi Majlis Profesor Negara, yang dimuatkan di muka 15 Sinar Harian bertarikh 13 Januari 2021, sudah tentu menarik perhatian ramai rakyat Malaysia. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, yang ramai juga ahlinya menyaksikan...
UCAPAN TAHUN BARU 2021 OLEH YAD TAN SRI PRESIDEN PPKM
Menjelang tibanya jam 12 tengahmalam ini, ramai yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 dan menyambut ketibaan 2021, dengan penuh harapan yang tahun ini akan membawa lebih kebahagiaan kepada mereka. 2. Walaupun Tahun Baru ini bukan tahun baru...
Pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Ucapan Takziah Dari Ahli Majlis Kebangsaan Serta Semua Ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
MAKANAN HALALAN TOYYIBAN
Gesaan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Mahyiddin bin Haji Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia berkenaan aspek makanan halal sangat dialu-alukan. Dengan Malaysia menjadi Hub Makanan Halal, ianya akan menjanakan perkembangan ekonomi yg pesat....
PANDANGAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) TERHADAP ISU PEMANDU MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK ATAU SEPARUH MABUK.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia menyokong apa-apa cadangan Kerajaan untuk memperketatkan Undang-Undang pengambilan dan penjualan minuman keras. Sebenarnya, PPKM telah menghantar memorandum kepada tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk menengakkan pandangan PPKM...

PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM)
IBU PEJABAT PPKM
N0. 36-3, Persiaran 65C
Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4025 3215 / 03-4031 9770
Fax: 03-4023 6241



