MAKANAN HALALAN TOYYIBAN
Gesaan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Mahyiddin bin Haji Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia berkenaan aspek makanan halal sangat dialu-alukan.
Dengan Malaysia menjadi Hub Makanan Halal, ianya akan menjanakan perkembangan ekonomi yg pesat. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia sangat bersetuju dengan cadangan ini dan sebenarnya telah merancangkan kempen “BM1st” (Beli Muslim 1st) kepada 70,000 ahlinya yang berada di seluruh tanah air kita pada bulan October tahun ini dan sudahpun menyediakan logo kempen ini.
Untuk menentukan kempen ini mencapai kejayaan, kita mestilah yakinkan rakyat kita sendiri bahawa semua bahan pemakanan yang diakui halal sebenarnya tidak mengandungi bahan-bahan yang mencemari kehalalannya.
Sebagai contoh PPKM telah secara rambang membuat siasatan berkenaan penggunaan minyak masak di banyak gerai-gerai dan restoran yang dikunjungi oleh umat Islam. Siasatan ini telah menunjukkan bahawa banyak juga gerai-gerai dan restoran makanan Islam menggunakan Minyak Kitar Semula yang tidak ada sijil Halal dari pihak JAKIM.
Secara umumnya Minyak Kitar Semula adalah dari bahan-bahan minyak yang diambil dari perangkap minyak kedai-kedai dan restoran, yang ada di antaranya mengandungi minyak babi.
Oleh yang demikian adalah diharap pihak Perbadanan Pembangunan Industri Halal, atau lain-lain Agensi Kerajaan berkenaan memandang serius perkara ini.
Untuk menentukan setiap bahan makanan yang dikeluarkan tidak mengandungi apa-apa bahan yang boleh mengganggu kesihatan atau mengandungi bahan-bahan larangan mengikut Undang-Undang Islam, maka adalah disarankan supaya Kerajaan menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011(Akta 2011).
Kalau dilihat barangan eksport termasuk ubat-ubatan dari Negeri Maju kita dapat pengesahan bahan-bahan yang digunakan termasuk tarikh luput ubat-ubatan tersebut dijelaskan.
Malaysia sebagai Negara yang hampir sampai ke tahap negara maju, perlulah berwaspada dan memberi jaminan bahawa barangan keluarannya mencapai tahap yang setanding dengan negara maju.
Saya yang menjalankan amanah,
YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh
Presiden
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
PANDANGAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) TERHADAP ISU PEMANDU MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK ATAU SEPARUH MABUK.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia menyokong apa-apa cadangan Kerajaan untuk memperketatkan Undang-Undang pengambilan dan penjualan minuman keras.
Sebenarnya, PPKM telah menghantar memorandum kepada tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk menengakkan pandangan PPKM bagi pertimbangan Kerajaan.
Malaysia sebagai Negara yang agama rasminya adalah Islam sepatutnya menjadi contoh kepada dunia dengan Undang-Undang yang lebih ketat berkenaan pengambilan dan penjualan minuman keras. Sebaliknya, Singapura yang hanya mempunyai 14% orang Melayu dan 14.9% orang Islam berbanding dengan Malaysia yang mempunyai 56.4% orang Melayu & 61.3% orang Islam mewujudkan Undang-Undang yang lebih ketat terhadap penggunaan minumam keras. Mereka juga mengambilkira sensitivity golongan dan kawasan tertentu seperti Little India yang kebanyakan penghuninya berketurunan etnik India dan kawasan Gelang di mana terdapat banyak orang Melayu Islam.
Kita patut berasa malu bahawa statistik antarabangsa telah menunjukkan Malaysia adalah Negara yang ke -10 dalam senarai Negara-Negara yang banyak menggunakan minuman keras dan membelanjakan RM2 billion setahun untuk minuman keras
Ada banyak lagi data yang boleh membuktikan kemudaratan terhadap rakyat terutamanya golongan muda yang bawah umur dewasa yang terdedah kepada budaya minuman minuman keras. Mereka ini yang perlu diselamatkan.
Adalah diharap Kerajaan dan semua yang berkenaan mengambil sikap yang lebeh serius terhadap pencegahan minuman-minuman keras menerusi Undang-Undang pengambilan minuman keras yg lebeh ketat, bukan sahaja bagi keselamatan jalan raya & sebagainya, tetapi bagi menentukan generasi yang akan datang dapat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. PPKM menyokong haram penjualan arak dikedai runcit atau di kedai serbanika.
PPKM telah menghantar Memorandum kepada tokoh-tokoh yang berpengaruh pada 22 Jun 2020 iaitu kepada enam tokoh terhormat dari enam Jabatan / Kementerian dan dari pihak Jabatan Kastam telah memberi ulasan.
Memorandum yang dihantar adalah kepada dan seperti berikut:-
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Kanan Pertahanan
Kementerian Pertahanan
Tingkat 5, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR.
YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Aras 12, Blok Tengah
Presint 2
62592 Putrajaya.
YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Aras 18, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara
Bukit Aman,
50480 Kuala Lumpur
YBhg. Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan No 3
Persiaran Perdana
Presint 2
62596 Putrajaya.
YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Aras 10, Blok A
Kompleks Islam Putrajaya
No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3
62100 Putrajaya.
- Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menyambut baik tindakan Kerajaan untuk mengkaji dan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Sebagai satu Persatuan yang perihatin terhadap keselamatan orang awam, PPKM terpanggil untuk menyumbangkan pendapatnya kepada Kerajaan.
2.Kami telah membuat analisa yang menyeluruh berkenaan masalah pemandu mabuk, setakat kemampuan kami yang terhad, dan dengan rendah hati suka hadapkan sebagai sumbangan kami kepada Kerajaan bagi menangani masalah ini. Mengambilkira keadaan keseluruhannya di Negara kita, kami suka mengesyorkan beberapa cadangan.
3.Bersama Memorandum ini kepada Kerajaan, kami menyarankan beberapa cadangan berikut bagi pertimbangan Kementerian yang berkenaan:-
a)Akta 333 yang digunakan sekarang untuk menghukumkan pemandu mabuk perlu diperkemaskan kerana ada banyak kelemahan yang boleh beri peluang kepada pemandu mabuk melepaskan diri dari hukuman yang sepatutnya dikenakan. Contohnya dalam perkara 45G Akta tersebut mengatakan pemandu yang nafasnya menunjukkan 35 microgram dalam 100 ml nafas mengandungi alkohol, adalah lemah, dan mudah dipertikaikan dalam mahkamah.
b)Kerajaan perlu menegah penjualan segala minuman yang mengandungi arak, dalam sebarang jenis sama ada yang didalam botol atau tin kecuali yang mempunyai lesen.Di masa ini arak dijual di kedai serbaneka 24 jam dan juga di pasar2 raya.
c)Lesen penjualan arak dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan, sabenarnya mengeluarkan lesen berdasarkan kesesuaian premis sahaja. Tidak mengambil kira jenis arak yang dijual, had umor yang dibenar membelinya atau samada dijual kepada orang Islam atau sebaliknya.
d)Pengeluaran dan penjualan arak mungkin di bawah kuasa Jabatan Kastam Akta 235/1967 atau Akta 176/1976. Belum dapat dipastikan sama ada Jabatan Kastam ada sacukupnya kakitangan memantau dan menguatkuasakan Undang-Undang tersebut, memandangkan begitu banyaknya penjual arak yg berselerak diseluruh Malaysia.
4.Malaysia sabagai Negara yg agama rasminya Islam, perlu menggubalkan satu Akta Alkohol untuk pengawalan, pengeluaran, penggunaan dan penjualan arak, supaya semua perkara perihal pengeluaran penggunaan dan penjualan arak dirangkumkan di bawah satu Akta.
5.Dengan adanya Akta yg dicadangkan, bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun akan terselamat dari pengeluaran arak secara haram yg boleh membawa mudarat kapada peminum, penjualan kepada anak muda yang belum cukup umur, pemandu atau penunggang sebarang kenderaan yang minum arak dan menyebabkan kecederaan dan kematian kapada rakyat Malaysia.
Adalah diharap sumbangan kami dapat membantu Kerajaan menangani masalah yang hadapi oleh rakyat kita.
YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh
Presiden
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Lawatan YAD Tan Sri Presiden ke Projek Kebun Bandar Kamal Samsuri di Rumah Pesara Gombak