1. Senior Citizen’s Day (HARI Warga Tua)
2. Ditukar menjadi HARI Warga Emas oleh mantan Menteri Kebajikan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abd Jalil atas syor dari PPKM setelah mendapat persetujuan NGO lain, kerana Tua ada kaitan negatif, seperti tidak berguna lagi, benda lama dan buruk
3. Kajian pada Mac 2021 menunjukkan 7% Rakyat Malaysia (3.5 juta umur 65 tahun pada 2045, 14% rakyat Malaysia akan menjadi golongan tua ini akan menjadi masalah kepada Negara.
4. PPKM berhasrat menangani masalah ini dengan mengajak 70000 ahli nya mengikuti VISI & MISI PPKM, yang secara ringkasnya seperti berikut:-
VISI:
Menjadikan PPKM satu Persatuan yang menyatupadukan semua pesara dan menjadikannya sebagai satu jambatan yang merapatkan Kerajaan dengan Rakyat. Menggilap kebolehan Pesara memainkan peranan membangunkan Masyarakat dan Negara.
MISI:
Menggerakkan aktiviti serampang tiga mata; KESiHATAN, PERPADUAN dan KESEJAHTERAAN dengan menggunakan falsafah berikut:- “YANG JAUH DIRAPATKAN, YANG RETAK DITAMPALKAN, YANG SALAH FAHAM DIFAHAMKAN”
5. Marilah kita melahirkan kesedaran yang kuat dikalangan ahli-ahli kita, Menggunakan kemahiran yang sedia ada, meningkatkan ilmu pengetahuan agi membina jatidiri yang kuat, berintergriti dan berani memberi pendapat dan pandangan yang telus dan ikhlas dalam apa jua keadaan, demi kesejahteraan Negara yang tercinta. TUA bukan umor yang lanjut atau tanda kelemahan tetapi sebaliknya membuktikan kematangan yang penuh dengan pengalamanSelamat menyambut HARI WARGA EMAS SEDUNIA dalam keadaan sihat walafiat.
PESARA BAHAGIA NEGARA SENTOSA
Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj Wan Mahmood b Pawanteh
Presiden PPKM
1.10.2021.