MISI DAN VISI
PESARA SELESA, NEGARA SENTOSA
.
VISI
Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai persatuan pesara yang menyatupadukan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara dibawah satu payung dan menjadi jambatan penghubungan antara pesara dengan Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan pesara menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.
MISI
1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuan-persatuan pesara.
2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan “yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan”.
3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
TUJUAN PERSATUAN
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam satu organisasi.
Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya.
Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak kerajaan.
Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah para ahlinya.
Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab bagi kegunaan para ahlinya.
KEAHLIAN
Manfaat Keahlian
Platform Persatuan
Bersuara untuk mengemukakan usul-usul atau desakan ahli-ahli kepada pihak kerajaan.
Mengetahui perkembangan semasa dan maklumat terkini mengenai perkara-perkara pesaraan.
Mengekalkan Silaturahim
Merapatkan silaturrahim di kalangan ahli di seluruh negara khasnya di cawangan – cawangan.
Bekerjasama dan memupuk perpaduan.
Peluang bersosial khususnya di kalangan ahli-ahli memeiliki direktori keahlian pesara seluruh negara.
Belajar Berterusan
Meningkatkan pengetahuan serta kemahairan menjaga kesihatan, perpaduan dan ekonomi.
Dapat berkomunikasi dan berinteraksi.
Membina personaliti yang baik.
Membuka minda secara tidak langsung.
Berita Terkini Dari Kami
Lawatan Presiden PPKM pada 27 Disember 2022 ke PPKM Pulau Pinang
Cadangan tubuh JawatanKuasa Khas Jimat Cermat
PPKM Cadangan tubuh JawatanKuasa Khas Jimat Cermat bagi setiap Kementerian di Malaysia
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
Perdana Menteri Malaysia. Sebagai Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, saya mewakili lebih dari 75,000 pesara Kerajaan dari seluruh Malaysia, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, atas pelantikkan sebagai Perdana Menteri...
SIAPAKAH CALON PRU 15 YANG AKAN BERJAYA
1. Gendang telah dipalu memberi isyarat kepada jentera parti-parti politik untuk masuk ke gelanggang bagi berentap merebut kuasa politik di dalam negeri ini. 2. Dada-dada...
Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15
Gendang telah di palu memberi isyarat kepada jentera parti-parti politik untuk masuk ke gelanggang bagi merentap merebut kuasa politik di dalam negeri ini. Dada akhbar penuh dengan berita pemimpin politik yang menabik dada dengan megah, dengan keyakinan bahawa mereka...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1444 HIJRAH
Menyambut Maal Hijrah bukan berarti berpindah dari satu tempat ketempat yang lain, atau berpindah dari satu masa ke masa yang lain. Akan tetapi ianya memberi pengertian mengubah sikap dan cara hidup kita menjadi lebih baik. Marilah kita mengubah diri kita dan...
PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM)
IBU PEJABAT PPKM
N0. 36-3, Persiaran 65C
Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4025 3215 / 03-4031 9770
Fax: 03-4023 6241