Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15

  1. Gendang telah di palu memberi isyarat kepada jentera parti-parti politik untuk masuk ke gelanggang bagi merentap merebut kuasa politik di dalam negeri ini.

Dada akhbar penuh dengan berita pemimpin politik yang menabik dada dengan megah, dengan keyakinan bahawa mereka telah sedia masuk gelanggang merebut kuasa di dalam parlimen dan mendirikan Kerajaan Malaysia

  • Didalam keadaan sademikian, tidak hairanlah ramai di antara, lebih dari 72,000 ahli Persatuan ini yang bertanya-tanya.  Apakah peranan mereka dalam PRU15 yang akan datang ini?

 Bagi menjawab soalan ini dua perkara penting mesti dikaji dengan teliti.

a)        Setakat mana pendapat dan pandangan pemimpin-pemimpin politik ini realistik?

Mereka hanya mampu membuat analisa berasas data yang diperolehi oleh jentera mereka di akar umbi. Mereka tidak dapat pandangan yang lebih holistik dan menilaikan kemampuan dan kekuatan pihak-pihak lain. Mereka hanya dapat laporan dari kakitangan pertubuhannya sendiri di akar umbi, yang sudah semestinya akan memberi gambaran bawa mereka telah melakukan yang terbaik dan cenderung membuat laporan yang mirip kepada kekuatan dan kemenangan parti berkenaan.

b)        Disebaliknya ahli-ahli PPKM yang juga berada di akar umbi dan tidak terlibat dengan aktiviti politik kepartian boleh memberi pandangan yang lebih holistik dan tidak mirip kepada pandangan mana-mana parti politik.

3.         PPKM adalah sebuah badan yang berdisiplin di mana ahli-ahlinya mengambil sikap dan pandangan yang telah dipersetujui oleh pemimpin-permimpin yang mewakili ahli-ahlinya dari diseluruh tanah air.

            Kekuatannya menerusi peti undi adalah sekurang-kurangnya seperti berikut:-

72,000 Ahli + Isteri = 144,000

Tambah 4 anak      =  288,000

           Jumlah                   = 432,000

4.         Hitungan secara kasar ini saja dapat menunjukkan bahawa ppkm boleh mempengaruhi sekurang-kurangnya 432 ribu undi.

Ini tidak termasuk pengundi baru yang mewakili cucu cucu pesara yang akan masuk dalam gelanggang pengundi bagi PRU 15 ( mengikut budaya Melayu anak-anak muda biasanya  mendapatkan nasihat dari orang tuanya dalam perkara baru yang mereka menemui saperti mengundi dlm PRU 15.)

5.         Menyokong pegangan dasar ahli-ahli PPKM, mereka tidak digalakkan undi mengikut parti kepastian

Oleh yang demikian trend pengundian yang akan dipelopori oleh PPKM adalah mengikut dasar berikut:-

a)        Calon yang telus dan berintegriti tinggi. Tidak terlibat di dalam apa-apa tuduhan dalam mahkamah.

b)        Penyokong kuat Perlembagaan Malaysia dan patuh kepada Kontrak Sosial yang ditandatangani untuk mencapai Kemerdekaan Malaysia.

c)         Berjiwa RUKUN NEGARA.

d)         Taat Setia kapada Raja dan Negara

e).        Mengakui Agama Islam sabagai Agama Rasmi dan kebebasan penganut-penganut Agama lain mengikut kepercayaan masing masing.

6.         Ahli-ahli akar umbi hendaklah berterus-terang memberitahu mereka yang ingin menjadi calon dalam PRU 15 dan ingin mendapat sokongan dari ahli-ahli PPKM perlulah patuh kepada semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh PPKM.

7.         Pengajaran dalam PRU14 perlu disedari oleh ahli PPKM. Janji manifesto hanya manis dibibir bukan realiti. Track rekod yg memerintah masa kini dan masa lalu perlu di perhatikan. Semua parti politik ada Negeri yang mereka perintah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1444 HIJRAH

Menyambut Maal Hijrah bukan berarti berpindah dari satu tempat ketempat yang lain, atau berpindah dari satu masa ke masa yang lain. Akan tetapi ianya memberi pengertian mengubah sikap dan cara hidup kita menjadi lebih baik.

Marilah kita mengubah diri kita dan masyarakat kita, ketahap yang lebih baik. Dan yang sudah baik ketahap yang terbaik sakali.

SELAMAT MENYAMBUT

MAAL HIJRAH.

YAD TAN SRI DATO’ PADUKA RAJA DATO’ WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM).

Menyambut Maal Hijrah bukan berarti berpindah dari satu tempat ketempat yang lain, atau berpindah dari satu masa ke masa yang lain. Akan tetapi ianya memberi pengertian mengubah sikap dan cara hidup kita menjadi lebih baik.

Marilah kita mengubah diri kita dan masyarakat kita, ketahap yang lebih baik. Dan yang sudah baik ketahap yang terbaik sakali.

SELAMAT MENYAMBUT

MAAL HIJRAH.

YAD TAN SRI DATO’ PADUKA RAJA DATO’ WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM).

FILEM MAT KILAU

Tidak boleh dinafikan bahawa filem ini adalah hasil karyawan yang terpuji, sehingga mendapat kepujian dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan. Filem ini bukan sahaja berjaya mendapat “box office sale” yang tertinggi sajak kemerdekaan, bahkan dialog atau tutur kata yang digunakan sungguh membakarkan semangat kebangsaan.

2. Sungguhpun demikian kita hendaklah ambil pandangan keadaan ini secara holistik, iaitu secara menyeluruh, perasaan semangat orang Melayu pada ketika ini.

3. Rata-rata orang Melayu sudah sedar keadaan di masa ini.  Sikap tidak bertoleransi, tamak dan mengutamakan kepentingan diri sendiri, tidak akan membawa kebaikan dan menjamin kebahagiaan anak cucu kita pada masa yang akan datang.

4. Persoalan, atas siapa yang patut dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah ini tidak patut diketengahkan pada masa ini.

Sebaliknya kita perlu pegang kepada kewajipan bahawa satiap rakyat yang sayang akan tanah airnya, perlu memainkan peranan untuk membawa perubahan ini.

5. Sebagai seorang Pesara dan bekas petugas Kerajaan kita tidak terlepas dari kewajipan ini dan sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab mutlak untuk kita memainkan peranan yang lebih berkesan bagi menjaminkan kejayaannya.

6. Sebab-sebab nya yang kita mesti memain peranan yang utama di dalam perkara ini ialah seperti berikut:-

a) Kita adalah bekas kakitangan Kerajaan dan tahu mekanisma pentadbiran Kerajaan dan pada masa ini, dan sekarang duduk bersama dengan rakyat di akar umbi dan dapat pula mengetahui hasrat dan keluhaan rakyat di tempat kampung kediaman kita.

b) Kita ada masa yang lapang dan patut digunakan untuk mencapaikan hasrat ini.

c) Sebagai mantan petugas Kerajaan, walau apa pun pangkat yang kita pegang semasa berkhidmat, kita dianggap seorang yang berpengaruh di tempat kediaman persaraan kita.

d) Kita ada banyak peluang berkongsi pendapat dengan pemimpin tempatan dan tokoh-tokoh politik di kawasan tempat tinggal kita dan kita hendaklah menggunakan peluang ini bagi mempengaruhi mereka dengan sedikit sebanyak  pendapat kita bagi mencapai matalamat ini.

e) Kita perlu amalkan sikap membaca, bertukar fikiran dan mengilapkan kebolehan kita untuk memainkan peranan ini.

7. Allah tidak ujudkan seorang insan pun yang langsung tidak berguna kepada masyarakatnya.

Setiap insan ada kebolehan tersendiri, yang mungkin lebih dari orang lain.

Hendaklah ia cuba mengenalpasti kebolehan ini  supaya dapat menyumbang bakti kepada masyarakatnya.

8. Insya-Allah kita akan berjaya.

Presiden PPKM

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443 /2022 DARI YAD TAN SRI PRESIDEN PPKM

Di ambang menjelang Hari Raya Aidilfitri ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pendapat berkenaan Ramadhan Al-Mubarak yang akan berakhir dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Marilah kita  bersama-sama melapangkan sedikit masa memberi renungan menilai fadzilat berpuasa pada siang hari dan makan di waktu malam. Amalan berpuasa bagi seorang mukmin adalah sebenarnya lebih daripada itu. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan melatih seorang insan mengamalkan tahap disiplin yang tinggi dan melarangkan melakukan beberapa perkara tertentu.

Islam sebenarnya adalah agama Ad-Deen yang melatih umatnya melakukan segala-galanya mengikut adab tertentu dengan tertib. Contohnya seorang yang hendak mendirikan solat perlu berada dalam keadaan bersih, berpakaian yang menutup aurat, mengadap kiblat dan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Seseorang tidak boleh dengan sesuka hati mengadap ke arah yang lain dan mendirikan sembahyang di luar waktu yang ditetapkan. Pendek kata Islam mengajar seorang insan melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Kebaikan seseorang sebenarnya tidak cukup dengan hanya menjadi orang yang terbaik sahaja, akan tetapi mesti menaburkan kebaikan di dalam hidupnya.

Orang yang telah bersara, sebenarnya telah melepasi zaman berlumba-lumba untukmengejar kekayaan, pangkat dan kedudukan di dalam pejabat & masyarakat. Mereka hanya perlu  meningkatkan amal ibadah, bermesra dengan anak cucu & menunggu masa di panggil Illahi.

Marilah kita melapangkan sedikit masa untuk muhasabah diri, bertanya pada diri kita jika kita telah berjaya menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini berbanding masa lalu.

Marilah kita berazam untuk meninggalkan contoh yang terbaik untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Sebagai seorang pesara yang telah melalui liku-liku hidup dan mengumpulkan banyak pengalaman, dan bolehlah dianggap sebagai seorang pemimpin, setidak-tidaknya bagi anak cucu dan rakan taulan yang berinteraksi dengannya.

Oleh yg demikian setiap pesara wajib mengilapkan kebolehannya untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh supaya daya kepimpinannya dapat mengubah pandangan masyarakat kita pada masa yang akan datang.

Perkara ini menjadi lebih penting pada tahun ini memandangkan ramai anak muda yang berumur 18 tahun ke atas akan menjadi pengundi PRU, dan mereka perlulah didedahkan kepada selok-belok amalan politik di dalam negara kita  pada masa ini.

Kita bernasib baik kerana budaya Melayu masih menganggap nasihat orang tua sebagai perkara yang penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Oleh yang demikian nasihat yang kita beri mestilah berkualiti dan kena pada tempatnya.

Akhir kalam saya suka mengingatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya.Seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumah tangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam ,(pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya .( Riwayat Albukhary)

WASSALAM  ,

SELAMAT HARI  RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

TAN SRI DATO’ PADUKA RAJA DATO’ HJ WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH

Presiden

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

Keperihatinan PPKM Bahagian Negeri Selangor Terhadap Ahli-ahlinya

Keperihatinan PPKM Bahagian Negeri Selangor Terhadap Ahli-ahlinya

Penyampaian sumbangan katil hospital daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Bahagian Negeri Selangor kepada Ahli PPKM En Abu Bakar untuk isteri beliau pada 3/5/2020 (Ahad) di doakan semoga isteri beliau cepat sihat. Insyaallah, amin.

Sumbangan katil Hospital drpd PPKM Bahagian Negeri Selangor kepada En Nordin Anak Ahli PPKM Cawangan Ulu Selangor pada 14.05.2021. Di doakan Semoga cepat semboh. Aamiin