FILEM MAT KILAU

Tidak boleh dinafikan bahawa filem ini adalah hasil karyawan yang terpuji, sehingga mendapat kepujian dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan. Filem ini bukan sahaja berjaya mendapat “box office sale” yang tertinggi sajak kemerdekaan, bahkan dialog atau tutur kata yang digunakan sungguh membakarkan semangat kebangsaan.

2. Sungguhpun demikian kita hendaklah ambil pandangan keadaan ini secara holistik, iaitu secara menyeluruh, perasaan semangat orang Melayu pada ketika ini.

3. Rata-rata orang Melayu sudah sedar keadaan di masa ini.  Sikap tidak bertoleransi, tamak dan mengutamakan kepentingan diri sendiri, tidak akan membawa kebaikan dan menjamin kebahagiaan anak cucu kita pada masa yang akan datang.

4. Persoalan, atas siapa yang patut dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah ini tidak patut diketengahkan pada masa ini.

Sebaliknya kita perlu pegang kepada kewajipan bahawa satiap rakyat yang sayang akan tanah airnya, perlu memainkan peranan untuk membawa perubahan ini.

5. Sebagai seorang Pesara dan bekas petugas Kerajaan kita tidak terlepas dari kewajipan ini dan sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab mutlak untuk kita memainkan peranan yang lebih berkesan bagi menjaminkan kejayaannya.

6. Sebab-sebab nya yang kita mesti memain peranan yang utama di dalam perkara ini ialah seperti berikut:-

a) Kita adalah bekas kakitangan Kerajaan dan tahu mekanisma pentadbiran Kerajaan dan pada masa ini, dan sekarang duduk bersama dengan rakyat di akar umbi dan dapat pula mengetahui hasrat dan keluhaan rakyat di tempat kampung kediaman kita.

b) Kita ada masa yang lapang dan patut digunakan untuk mencapaikan hasrat ini.

c) Sebagai mantan petugas Kerajaan, walau apa pun pangkat yang kita pegang semasa berkhidmat, kita dianggap seorang yang berpengaruh di tempat kediaman persaraan kita.

d) Kita ada banyak peluang berkongsi pendapat dengan pemimpin tempatan dan tokoh-tokoh politik di kawasan tempat tinggal kita dan kita hendaklah menggunakan peluang ini bagi mempengaruhi mereka dengan sedikit sebanyak  pendapat kita bagi mencapai matalamat ini.

e) Kita perlu amalkan sikap membaca, bertukar fikiran dan mengilapkan kebolehan kita untuk memainkan peranan ini.

7. Allah tidak ujudkan seorang insan pun yang langsung tidak berguna kepada masyarakatnya.

Setiap insan ada kebolehan tersendiri, yang mungkin lebih dari orang lain.

Hendaklah ia cuba mengenalpasti kebolehan ini  supaya dapat menyumbang bakti kepada masyarakatnya.

8. Insya-Allah kita akan berjaya.

Presiden PPKM