Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia menyokong apa-apa cadangan Kerajaan untuk memperketatkan Undang-Undang pengambilan dan penjualan minuman keras.

Sebenarnya, PPKM telah menghantar memorandum kepada tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk menengakkan pandangan PPKM bagi pertimbangan Kerajaan.

Malaysia sebagai Negara yang agama rasminya adalah Islam sepatutnya menjadi contoh kepada dunia dengan Undang-Undang yang lebih ketat berkenaan pengambilan dan penjualan minuman keras. Sebaliknya, Singapura yang hanya mempunyai 14% orang Melayu dan 14.9% orang Islam berbanding dengan Malaysia yang mempunyai 56.4% orang Melayu & 61.3% orang Islam mewujudkan Undang-Undang yang lebih ketat terhadap penggunaan minumam keras. Mereka juga mengambilkira sensitivity golongan  dan kawasan tertentu seperti Little India yang kebanyakan penghuninya berketurunan etnik India dan kawasan Gelang di mana terdapat banyak orang Melayu Islam.

Kita patut berasa malu bahawa statistik antarabangsa telah menunjukkan  Malaysia adalah Negara yang ke -10 dalam senarai Negara-Negara yang banyak menggunakan minuman keras dan membelanjakan RM2 billion setahun untuk minuman keras

Ada banyak lagi data yang boleh membuktikan kemudaratan terhadap rakyat terutamanya golongan muda yang bawah umur dewasa yang terdedah kepada budaya minuman minuman keras. Mereka ini yang perlu diselamatkan.

Adalah diharap Kerajaan dan semua yang berkenaan mengambil sikap yang lebeh serius terhadap pencegahan minuman-minuman keras menerusi Undang-Undang pengambilan minuman keras yg lebeh ketat, bukan sahaja bagi keselamatan jalan raya & sebagainya, tetapi bagi menentukan generasi yang akan datang dapat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. PPKM menyokong haram penjualan arak dikedai runcit atau di kedai serbanika.

PPKM telah menghantar Memorandum kepada tokoh-tokoh yang berpengaruh pada 22 Jun 2020 iaitu kepada enam tokoh terhormat dari enam Jabatan / Kementerian dan dari pihak Jabatan Kastam telah memberi ulasan.

Memorandum yang dihantar adalah kepada dan seperti berikut:-

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Menteri Kanan Pertahanan

Kementerian Pertahanan

Tingkat 5, Wisma Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR.

 

YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan

Aras 12, Blok Tengah

Presint 2

62592 Putrajaya.

 

YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Aras 18, No.51

Persiaran Perdana

Presint 4

62100 Putrajaya.

 

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara

Bukit Aman,

50480 Kuala Lumpur

 

YBhg. Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Kompleks Kementerian Kewangan No 3

Persiaran Perdana

Presint 2

62596 Putrajaya.  

 

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Aras 10, Blok A

Kompleks Islam Putrajaya

No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman

Presint 3

62100 Putrajaya.

 

  1. Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menyambut baik tindakan Kerajaan untuk mengkaji dan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Sebagai satu Persatuan yang perihatin terhadap keselamatan orang awam, PPKM terpanggil untuk menyumbangkan pendapatnya kepada Kerajaan.

2.Kami telah membuat analisa yang menyeluruh berkenaan masalah pemandu mabuk, setakat kemampuan kami yang terhad, dan dengan rendah hati suka hadapkan sebagai sumbangan kami kepada Kerajaan bagi menangani masalah ini. Mengambilkira keadaan keseluruhannya di Negara kita, kami suka mengesyorkan beberapa cadangan.

 3.Bersama Memorandum ini kepada Kerajaan, kami menyarankan beberapa cadangan berikut bagi pertimbangan Kementerian yang berkenaan:-

 a)Akta 333 yang digunakan sekarang untuk menghukumkan pemandu mabuk perlu diperkemaskan kerana ada banyak kelemahan yang boleh beri peluang kepada pemandu mabuk melepaskan diri dari hukuman yang sepatutnya dikenakan. Contohnya dalam perkara 45G Akta tersebut mengatakan pemandu yang nafasnya menunjukkan 35 microgram dalam 100 ml nafas mengandungi alkohol, adalah lemah, dan mudah dipertikaikan dalam mahkamah.

 b)Kerajaan perlu menegah penjualan segala minuman yang mengandungi arak, dalam sebarang jenis sama ada yang didalam botol atau tin kecuali yang mempunyai lesen.Di masa ini arak dijual di kedai serbaneka 24 jam dan juga di pasar2 raya.

 c)Lesen penjualan arak dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan, sabenarnya mengeluarkan lesen berdasarkan kesesuaian premis sahaja. Tidak mengambil kira jenis arak yang dijual, had umor yang dibenar membelinya atau samada dijual kepada orang Islam atau sebaliknya.

d)Pengeluaran dan penjualan arak mungkin di bawah kuasa Jabatan Kastam Akta 235/1967 atau Akta 176/1976. Belum dapat dipastikan sama ada Jabatan Kastam ada sacukupnya kakitangan memantau dan menguatkuasakan Undang-Undang tersebut, memandangkan begitu banyaknya penjual arak yg berselerak diseluruh Malaysia.

 4.Malaysia sabagai Negara yg agama rasminya Islam, perlu menggubalkan satu Akta Alkohol untuk pengawalan, pengeluaran, penggunaan dan penjualan arak, supaya semua perkara perihal pengeluaran penggunaan dan penjualan arak  dirangkumkan di bawah satu Akta.

 5.Dengan adanya Akta yg dicadangkan, bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun akan terselamat dari pengeluaran arak secara haram yg boleh membawa mudarat kapada peminum, penjualan kepada anak muda yang belum cukup umur, pemandu atau penunggang sebarang kenderaan yang minum arak dan menyebabkan kecederaan dan kematian kapada rakyat Malaysia.

 Adalah diharap sumbangan kami dapat membantu Kerajaan menangani masalah yang hadapi oleh rakyat kita.

     

    YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh

    Presiden

    Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

     

     

     

     

    Share This