Persatuan Persara Kerajaan Malaysia menyambut baik saranan yang dimuatkan dalam Sinar Harian bertarikh 7 Jun tahun ini kerana akan menambahbaikkan keselamatan makanan kepada rakyat Malaysia.


Namun demikian menguatkuasakan Akta Makanan 1983 sahaja, tidak dapat menjamin keselamatan makanan yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan dan juga pengimport makanan.
PPKM berpendapat bahawa perlu melibatkan kuasa di bawah beberapa Kementerian yang lain seperti menggunakan Akta Perihal Makanan 2011, Akta 730


Di dalam Akta tersebut ada peruntukkan khususnya dalam perenggan 6 di mana pengeluar atau pengimport dimestikan mencatatkan atas tiap-tiap label makanan perkara-perkara yang disenaraikan di lampiran A.
PPKM yg ahlinya berjumlah lebih dari 70 ribu berada bersama golongan umur yang sangat sensitif kepada kandungan makanan, yang sudah tentu akan menentukan tahap kesihatan mereka.
Adalah diharap Kementerian yang berkenaan tidak akan memberi fokus pada cuma pada Hari Keselamatan Makanan Sedunia sahaja, tetapi akan menentukan bahawa tahap dan nilai makanan yang dimakan oleh rakyat Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan yang di akui oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain baik & selamat (Halalan Toyiban).


Andainya kerajaan memerlukan bantuan sukarela PPKM, ahli-ahli kami yang beradar bersama rakyat di akar umbi seluruh Malaysia sanggup memberi maklumbalas kepada kerajaan bagi menambahbaikkan kualiti kualiti makanan kepada rakyat Malaysia.

Wassalam

Yg Memegang Amanah

Dato Paduka Raja Tan Seri Wan Mahmood b Pa’Wan Teh.
Presiden
PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA
7.6.2020