Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berpendapat Kerajaan mesti lebih tegas menangani penularan virus COVID-19.
Sungguhpun arahan PKP telah dikuatkuasakan,namun Jarak Sosial atau ‘Social Distancing’ tidak diamalkan.
Apa yang digambarkan menerusi Berita Perdana semalam 25 Mac 2020, menunjukkan Pasukan Keselamatan sedang meronda Tempat-tempat Awam dan Pasaraya, tetapi tidak menghiraukan orang ramai yang beratur rapat antara satu sama lain semasa membeli-belah dan membayar wang di tempat kashier.
Di Amerika Syarikat yang mengagungkan Hak Asasi Manusia, pun sekarang mengenakan denda yang besar kepada sesiapa yang tidak mematuhi ‘Jarak Sosial atau Social Distancing’. Persatuan ini berasa amat sedih mendapat khabar begitu ramai di kalangan Pasukan Keselamatan yang dijangkiti virus ini. Adalah diharap Ketua Pasukan yang berkenaan akan mengeluarkan perintah supaya di masa mengadakan perbarisan, berkawad atau menjalankan tugas rasmi, adalah dimestikan anggota-anggota Pasukan Keselamatan agar mematuhi ‘Jarak Sosial atau Sosial Distancing’ diantara mereka sendiri.
Bersamalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah supaya rakyat Malaysia dapat mengharungi gelombang musibah COVID-19 ini, InsyaAllah.
-sumber gambar: google