Memorandum kepada YAB Perdana Menteri supaya Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan

Memorandum yang dikemukakan adalah diasaskan perkara-perkara berikut:-

1. Ketiadaan Akta ini akan memberi peluang kepada anasir-anasir anti-Kerajan yang berselindung di belakang Hak Asasi Manusia untuk membangkitkan isu-isu sensitif yang bertentangan dengan Perlembagaan seperti Institusi Raja, Kedudukan Orang-Orang Melalyu, Agama Islam dan lain-lain.

2. Kebelakangan ini dengan adanya kebebasan bersuara melalui media sosial dan elektronik, banyak pihak tanpa rasa segan, takut atau bersalah mempersendakan YDP Agong, Raja-Raja Melayu, Agama dan fitnah memfitnah.

3. Kini terdapat banyak NGO yang membuat aduan dan laporan mengenai isu-isu tersebut. Dibimbangkan sekiranya tiada apa-apa tindakan yang tegas diambil dikhuatiri akan menyebabkan suasana yang lebih tegang dan tidak terkawal sehingga boleh mencetuskan huru-hara seperti Peristiwa 13 Mei.

4. Lazimnya mana-mana undang-undang yang digubal atau dikaji akan ditugaskan kepada Jabatan Peguam Negara tetapi yang menjadi tanda tanya dan kemusykilan ialah kajian untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, ini dibuat oleh Majlis Peguam. PPKM berpendapat, jika Akta ini hendak dikaji, ianya perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan setelah mendapat pandangan daripada pihak-pihak yang berkaitan dan bukannya pihak tertentu sahaja.

Share This