SESI BUAL BICARA RADIO : KAUNTER MyPESARA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Shahriman bin Ab Kadir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) ,JPA akan ke udara secara langsung (LIVE) di Nasional.FM pada:-

Tajuk : Kaunter MyPesara

Tarikh : 15 Julai 2019 (Isnin)

Masa : 10.15 pagi

Pautan : https://myklik.rtm.gov.my/live2.php?ch=11

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ Tuan/ Puan yang mempunyai kelapangan waktu adalah dijemput untuk mendengar bual bicara tersebut serta dipohon jua untuk membantu JPA mempromosikan hebahan poster ini kepada warga Kementerian/ Jabatan/ Agensi melalui semua medium komunikasi sedia ada.

4. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Image may contain: 1 person
Share This